Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Keluar Waran Tangkap...

KANGAR - Mahkamah Sesyen Kangar hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Menteri...

Parti Warisan Hanya Untuk...

KOTA KINABALU - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan penubuhan Parti...

Keracunan Makanan: Exco Arah...

IPOH - Jabatan Kesihatan Perak diarah mengheret pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor...

Ribuan Saksikan Perasmian Kereta...

NAIROBI - Ribuan penduduk di tujuh daerah berkumpul menyaksikan pelancaran perkhidmatan kereta api...

Ayie Floor 88 Diekori Orang Tidak Dikenali

TAHUN lalu kumpulan Floor 88 mula menjadi tumpuan masyarakat selepas single sulung mereka berjudul Zalikha menjadi siulan ramai.

Tidak hairanlah jika selepas lagu itu dilancarkan, mereka mempunyai peminat-peminat yang mengidolakan mereka terutama di kalangan wanita memandangkan usia mereka yang masih muda.

Bagi vokalis kumpulan tersebut, Nik Fadlee Elhamshah atau lebih dikenali sebagai Ayie, mengakui bahawa dia kadangkala tidak menang tangan melayan kerenah para peminatnya.

Jelas Ayie, peminat kumpulan tersebut sering cuba untuk mengerumuninya tidak kira di mana dia berada.

Perkara tersebut agak janggal buatnya pada mulanya, namun dia kini sudah berjaya menyesuaikan diri tetapi turut berasa risau apabila kadangkala diekori peminat yang fanatik.

“Bukan senang dan melayan mereka kerana masing-masing datang dengan cara dan pendekatan yang berbeza, jadi saya perlu lebih peka bagaimana nak berdepan dengan mereka.

“Pernah satu masa saya diekori orang yang tak dikenali ketika keluar bersama rakan-rakan, tapi rupa-rupanya dia adalah peminat yang ikut saya semata-mata nak mengambil gambar,” katanya memetik Sinar Online.

Penyanyi muda berusia 20 tahun itu turut dihujani dengan komen dan Direct Message (DM) di laman Instagram daripada peminatnya yang rata-rata daripada mereka adalah perempuan.

Ujarnya, jumlah mesej yang diterimanya sangat banyak yang membuatkannya tak terbalas namun Ayie menjelaskan bahawa dia sentiasa membaca mesej-mesej tersebut.

 “Saya baca semua mesej-mesej mereka, tetapi tidak semua yang mampu dibalas kerana terlalu banyak mesej yang diterima setiap hari.

“Apa pun saya mencuba menghargai mereka dengan sebaiknya. Kalau ada kelapangan saya cuba untuk sentiasa mengemas kini perkembangan terbaru saya di media sosial,” katanya.

Tidak sekadar itu, Ayie yang merupakan penunutut tahun akhir jurusan teater di Aswara turut mengakui terdapat beberapa peminatnya yanag akan mencuba pelbagai cara bagi mendapatkan perhatiannya.


“Ada seorang peminat ni, hampir setiap hari dia ‘melaporkan’ tentang aktivitinya kepada saya menerusi DM.

“Kalau mesej tersebut dikumpulkan, mungkin dah boleh jadi diari kerana setiap hari ada sahaja perkara yang diadu dan dikongsi kepada saya,” cerita Ayie.

Walaubagaimanapun, jelas Ayie, dia tidak mempunyai masalah dengan tindakan tersebut asalkan ia tidak melepasi batas atau membuatkannya berasa tidak selesa.

Selain Ayie, Floor 88 turut dianggotai Zai Hamzah (gitar utama), Amir (gitar kedua), Akram (dram), Eric Fauzi (keyboard) dan Falique (bass).

Baru-baru ini, mereka baru sahaja melancarkan single terbaharu mereka berjudul Aqilah, dan muzik video lagu tersebut sedang dihasilkan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai penggunaan nama wanita yang sekali lagi dipilih untuk single kedua ini, Ayie berpendapat perkara tersebut merupakan suatu penghargaan buat insan bergelar perempuan.

“Saya rasa sebagai lelaki, wanita adalah secantik-cantik perhiasan Allah di atas muka bumi ini. Jadi, tidak salah rasanya untuk menghargai mereka menerusi lagu-lagu seperti yang dibuat oleh kami.

“Lagipun memilih nama wanita sebagai tajuk lagu seperti sudah sinonim dengan Floor 88. Buat masa sekarang, kami mahu mengekalkan identiti itu sehingga nama kumpulan ini benar-benar kukuh dalam industri,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori