Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kemungkinan Gelombang Keempat Susulan...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan rakyat Malaysia mengenai kemungkinan...

Kamal Adli Sedia Kahwin,...

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong sememangnya bukan...

Curi Pakaian Di Kompleks...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai pakaian di sebuah kompleks beli-belah, seorang penganggur...

Jenaka Sarkastik Tahap Gaban...

ARTIS desparado tidak akan peduli berapa harga publisiti. Malah, artis jenis ini akan...

Azizulhasni Terus Kempunan Di Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang terus dirundung malang pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2018 apabila tewas dalam acara 200m pecut individu lelaki semalam.

Pelumba negara berusia 30 tahun itu tumpas kepada pelumba Great Britain berusia 20 tahun, Jack Carlin, pada Saringan Pertama Pusingan 1/16 di Velodrom Omnisport di Apeldoorn, Belanda.

Carlin, yang merupakan anggota pasukan Great Britain memenangi pingat perak acara pecut berpasukan pada hari pembukaan, Rabu lepas, mengatasi Mohd Azizulhasni yang juga dikenali The Pocket Rocketman, selepas mencatat 10.406 saat, dengan pelumba Malaysia itu ketinggalan 0.052 saat.

Terdahulu dalam pusingan kelayakan, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu sekadar menduduki tempat ke-28 selepas mencatat 10.072s untuk layak ke pusingan 1/16.


Sementara rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal menempatkan diri dalam saingan itu setelah menamatkan cabaran di kedudukan kedua tercorot daripada 35 pelumba, dengan masa 10.293s.

Semalam, Mohd Azizulhasni gagal mempertahankan gelaran juara dunia acara keirin sekali gus terlepas jersi pelangi, apabila tumpas kepada pelumba nombor satu dunia, Andrii Vynokurov dari Ukraine pada pusingan penyisihan (repechage). – BERNAMA

Kategori