Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Doktor, Pengusaha Taska Antara...

PUTRAJAYA - Golongan profesional seperti doktor dan pengusaha taska persendirian antara yang dikesan...

Cadangan Haram Penanaman Ketum...

PUTRAJAYA - Cadangan Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) agar penanaman ketum diharamkan akan...

Dewan Rakyat Benar Usul...

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun membenarkan usul tergempar untuk membahaskan...

Hebat Sangatkah Adnan? –...

Sesiapa yang mendokong kuat integriti, tidak akan melatah dan emosional terhadap pendedahan media....

Bakal Pengantin Didakwa Samun Pengurus Hotel

KUALA LUMPUR – Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan Khamis ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyamun seorang pengurus hotel sehingga menyebabkan kerugian RM18,000, Disember tahun lepas.

Tertuduh, Low Ley Huat, 38, yang merupakan pengurus kewangan syarikat hartanah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Lelaki itu didakwa bersamoa-sama lapan lagi yang masih bebas telah menyamun dua unit telefon bimbit jenis Iphone 6 Plus, Samsung Galaxy S8 Plus, rantai emas berloket dan wang tunai RM2,500 milik T.Daniel Raj, 34, di hadapan Scott Club, di Scott Garden Brickfields, pukul 5.15 pagi, pada 30 Dis 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal tidak menawarkan jaminan kerana kes seumpama itu semakin menular di Lembah Klang manakala Low yang diwakii peguam Jasmine Cheong merayu jaminan minimum dengan alasan tertuduh akan berkahwin Khamis ini dan tidak ada sebarang risiko untuk anak guamnya melarikan diri kerana dia tidak mempunyai pasport.


Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan selain dilarang mengganggu saksi dan 17 April depan ditetapkan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • samun

Kategori