Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Elaun Untuk Anggota...

KANGAR - Kenaikan elaun untuk anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang...

VIDEO: Selamba Je Lelaki...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.Begitulah yang dirasakan apabila melihat video seorang gadis...

Pendidikan Aliran Agama Diperkasa...

LIPIS - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu bidang pendidikan...

Barisan EXCO Baharu Selangor...

KLANG - Barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor akan ditentukan pada Khamis ini dan...

Bakti Muncul Juara Kejohanan Boling Salute Malaysia

KUALA LUMPUR – Pasukan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) muncul juara Kejohanan Boling Salute Malaysia di Pusat Boling Kuala Lumpur Megalanes, Endah Parade, Sri Petaling, di sini hari ini.

Pasukan Bakti membawa pulang piala beserta baucar barangan sukan bernilai RM1,000 setiap peserta manakala tempat kedua dimenangi pasukan Team Salute Malaysia (TSM) yang terdiri daripada artis tempatan dengan membawa pulang piala dan baucar barangan sukan bernilai RM500 setiap peserta.

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga yang Dipertua Bakti, menyampaikan hadiah kepada pemenang pada kejohanan yang julung kali dianjurkan oleh pasukan sukarelawan TSM.

Pada majlis tersebut, Rosmah, yang juga penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), turut menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 kepada tiga keluarga bekas atlet negara yang telah meninggal dunia.


Kejohanan tersebut disertai 100 peserta dari pelbagai latar belakang dan organisasi termasuk anggota Bakti, mahasiswa, artis, atlet dan belia. – BERNAMA

Kategori