Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kempen Kesedaran Haiwan Bagi...

KUALA LUMPUR - Satu kempen mengenai kesedaran penjagaan haiwan akan diadakan di sekolah-sekolah...

WHO Akui Gagal Tangani...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui badan itu gagal dalam menangani krisis...

Senjata Api: Tingkat Kawalan...

KUANTAN - Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara...

Adun Rembia Masuk PAS

Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis, kini sah menjadi ahli PAS.IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Hargai Kerjasama Malaysia Banteras Jenayah Sempadan

BANGKOK – Kerajaan Thailand amat menghargai kerjasama Malaysia dalam membanteras jenayah rentas sempadan, termasuk penipuan pusat panggilan, yang lebih dikenali sebagai ‘Macau Scam’, kata Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan hari ini.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, pihak berkuasa Thailand berjaya memberkas mereka yang disyaki terlibat dengan penipuan pusat panggilan, hasil daripada kerjasama rapat dengan rakan sejawatannya dari Malaysia dan negara jiran lain.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana, tanpa kerjasama cemerlang daripadanya, kami (pihak berkuasa Thailand) tidak mungkin dapat memberkas suspek yang terlibat dengan penipuan pusat panggilan itu,” katanya pada majlis bagi meraikan kerjasama Thailand dengan kerajaan Malaysia dan Kemboja di ibu pejabat Polis Diraja Thailand di sini.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Thailand Jen Chakthip Chaijinda itu, Prawit menyampaikan plak penghargaan kepada Duta Besar Malaysia di Thailand Datuk Jojie Samuel dan Pegawai Perhubungan Polis Malaysia di Thailand ACP Yusni Mohd Jamil.


Prawit berkata kerjasama dua hala yang begitu cemerlang antara Thailand dan jirannya, memainkan peranan penting dalam memerangi jenayah rentas sempadan dan sejajar dengan itu, beliau berharap hubungan baik sedia ada dengan negara jiran akan ditingkatkan pada masa akan datang. -BERNAMA

Kategori