Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Khairy Jamaluddin Setuju Pelantikan...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju dengan pelantikan Morten Frost...

Keluar Kenyataan Menghina, Menteri...

TOKYO - Menteri yang bertanggungjawab terhadap pembinaan semula Jepun selepas bencana, Masahiro Imamura...

Golongan Tercicir Vaksin Akan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan berusaha mengenal pasti golongan tercicir daripada mendapatkan...

Singapura Haram Ustaz Haslin...

SINGAPURA - Pemerintah Singapura pimpinan PAP bertindak biadab apabila hari ini 'haram' dua...

Bangunan Makmal Patologi HKL Terbakar

GEMPAR… Sebuah bangunan dipercayai makmal patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) di ibu negara dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, enam buah jentera dari balai KLCC, Hang Tuah, Titiwangsa dan Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 40 kekuatan terdiri daripada pegawai dan anggota JBPM Kuala Lumpur dikerahkan dalam operasi pemadaman di bangunan yang turut menempatkan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).

“Kebakaran dipercayai berlaku dalam bangunan forensik HKL,” katanya kepada media. Bagaimanapun, setakat ini maklumat lanjut mengenai insiden kebakaran tersebut masih belum lagi dapat diketahui.


Difahamkan, hanya bilik rekod dan data di makmal patologi berkenaan terlibat dalam kebakaran tersebut malah dia menjelaskan “Setakat ini, tiada kecederaan dan mangsa kemalangan jiwa yang dilaporkan.”

IPFN pernah mendapat liputan luas media antarabangsa yang berkumpul sepanjang 24 jam ketika isu pembunuhan misteri abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di KLIA2 pada Februari tahun lalu.

Ia sekali lagi menjadi tumpuan pihak media ekoran kebakaran tragik Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori