Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

153 Discaj, 3 Kematian,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga lagi kematian akibat wabak Covid-19,...

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut...

MELAKA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera...

Mohd Salleh Sedia Dengar...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu Datuk Seri Panglima Dr Mohd...

Ambik Kau….Batu Meteor Jadi...

KALAU dah kaya….seorang lelaki telah melamar kekasihnya dengan cara yang pelik, iaitu dengan...

Bapa Dijel Sebulan, Denda RM2,500 Abai 2 Anak Cedera

KUALA LUMPUR – Seorang bapa dihukum penjara sebulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pengabaian terhadap dua anaknya yang melecur tahap dua akibat terkena air panas serta gagal mendaftar kelahiran mereka.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap penganggur berusia 33 tahun itu atas dua kesalahan pengabaian dua anak lelakinya berusia tujuh dan lapan tahun dan dua kesalahan gagal mendaftar kelahiran dua kanak-kanak itu.

Bapa lima anak itu didapati hanya menyapu minyak gamat terhadap kecederaan dua anaknya itu di rumah mereka di Jalan Datuk Keramat, di sini pada jam 8 malam, 1 Okt tahun lalu.

Dia didakwa dengan sengaja melakukan pengabaian terhadap kecederaan dua anaknya mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-dua sekali.

Dia turut didakwa dengan sengaja tidak mendaftarkan kelahiran dua anaknya itu antara Mei dan Jun 2009 di tempat sama pada 27 Mei 2009 dan 6 Julai 2010 mengikut Seksyen 35 Akta Kelahiran dan Kematian 1957 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250 bagi setiap kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara sebulan kerana mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Dia kini selesai menjalani hukuman penjara kerana mahkamah mengarahkan hukuman bermula dari tarikh dia direman pada 11 Dis tahun lepas.


Tertuduh juga berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, dia membayar denda tersebut.

Perguam tertuduh, Shakir Hussain memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya yang merupakan seorang lembam itu tidak sengaja melakukan perbuatan itu dan beranggapan luka lecur itu akan pulih dengan menyapu minyak gamat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon hukuman wajar dan setimpal dengan alasan tertuduh sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan anak-anaknya. – BERNAMA

Kategori