Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Wednesday, February 12, 2025

Creating liberating content

DBKL Mulakan Operasi Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memulakan Operasi Keselamatan...

Kemasukan Murid Ke Sekolah...

SEREMBAN: Transformasi pendidikan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) terus terserlah apabila mendapati bilangan kemasukan...

Pembangkang Timor Leste Ambil...

DILI - Pakatan pembangkang Timor Leste dijangka mengambil alih tampuk pemerintahan selepas menang...

42 Metrik Tan Beras...

ALOR SETAR – Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk beras Siam seberat 42 metrik...

Bapa Paksa Anak Berlari Ke Sekolah Sebagai Hukuman

SEORANG bapa mengambil satu langkah yang kontroversi apabila memaksa anaknya untuk berlari ke sekolah selepas kanak-kanak itu tidak dibenarkan menaiki bas sekolah selama tiga hari.

Anak Bryan Thornhill yang berumur 10 tahun itu dilaporkan telah membuli pelajar lain di dalam bas sekolah yang dinaikinya dan menyebabkan dia kemudian dilarang menaiki bas itu bagi durasi tersebut.

Thornhill, yang nyata tidak bersetuju dengan tindakan anaknya membuli murid lain itu, menghukum anaknya untuk berlari sejauh 1.6 kilometer selama seminggu sebagai hukuman.

Selepas itu, Thornhill bertindak memuat naik rakaman video anaknya yang berlari ke sekolah dalam keadaan hujan menerusi laman Facebooknya untuk dilihat umum.

Di dalam rakaman berdurasi 3 minit 56 saat itu, Thornhill turut memberikan ulasan dan penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Hai semua, selamat datang ke ‘lebih baik kamu mendengar cakap ayah 2018’. Anak saya terlibat dengan masalah buli yang menyebabkan dia dihalang menaiki bas selama tiga hari.

“Saya tidak akan bertoleransi serta tidak boleh (terima kelakuannya). Dengan itu dia perlu berlari ke sekolah lebih kurang satu batu (1.6 kilometer). Jadi sepanjang minggu ini dia ada pengalaman berlari,” katanya dalam video berkenaan.

Thornhill juga mendedahkan bahawa hukumannya itu telah memberi kesan positif kepada anaknya, apabila guru di sekolah anaknya itu berkata, kanak-kanak tersebut kini bersikap lebih baik.

“Minggu ini, dia tidak terlibat dalam sebarang masalah pun di sekolah selepas dikenakan hukumun ini.

“Manakala minggu lalu pula dia benar-benar tidak dapat dikawal. Inilah yang dinamakan parenting,” katanya yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat itu.


Melalui video itu juga, Thornhill menggesa ibu bapa untuk lebih tegas dengan anak mereka bukan untuk menakutkan mereka, sebaliknya untuk mengajar mereka menjadi seorang yang lebih baik.

“Kami akan memastikan yang gugu-gurunya di sekolah menyenangi perangainya dan memastikan dia tidak menganggu rakan sekelasnya.

“Ajar anak anda, jangan jadi seorang kawan, jadilah seorang ibu bapa, itu yang diperlukan anak-anak zaman ini,” ujarnya.

Tindakannya itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada yang memuji tindakannya namun ada juga yang mengatakan dia mendera anak bagi mendapatkan perhatian.

“Saya rasa tindakan ini sangat bagus. Anaknya mungkin berasa penat selepas berlari untuk ke sekolah dan sekali gus menjadikannya lebih fokus dan tidak ganggu orang lain,” tulis Montoya Evans di ruangan komen

“Jadi, anda membuli anak anda bagi mengajarnya untuk tidak membuli? Apa salahnya jika anda hanya bertanyakan secara baik kepadanya kenapa dia bertindak sedemikian,” tulis Anna Dillon.

Thornhill bagaimanapun menggalakkan para netizen untuk berkongsi video tersebut kepada semua orang kerana katanya mesej yang ingin disampaikan sangat penting. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori