Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kebanyakan Penceraian Dalam Tempoh...

PUTRAJAYA - Kebanyakan penceraian berlaku dalam kalangan pasangan yang berkahwin dalam tempoh kurang...

Penyanyi Kacak Kuwait, Humood...

SELEPAS negara kita pernah dilanda fenomena Maher Zain pada 2009 lalu menerusi lagu...

Ratu Cantik Dunia 2014...

KEPUTUSAN Ratu Cantik Dunia sememangnya sentiasa dinanti-nantikan meskipun secara tradisi pertandingan berprestij ini dijalankan...

Kekuatan Hizbullah 10 Kali...

BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, semalam mengerahkan tentera untuk bersiap siaga di...

Barisan Jurulatih Wibawa, Kunci Utama Perbaiki Ranking

KUALA LUMPUR – Dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia FIFA, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mendapatkan khidmat barisan kejurulatihan berwibawa dan mempelajari selok-belok pembangunan bola sepak negara lain, kata bekas tonggak pertahanan Brazil Roberto Carlos.

Malaysia berada di ranking ke-112 dunia ketika Carlos dan rakan sepasukannya dari Brazil berkunjung ke Kuala Lumpur untuk aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2002, menyaksikan pasukan Amerika Selatan itu menang 4-0, sebelum muncul juara dunia pada kejohanan dianjurkan bersama di Korea Selatan dan Jepun itu.

Pada hari ini, legenda Real Madrid itu kembali ke Kuala Lumpur dan terkejut menyaksikan skuad Harimau Malaya merudum ke tangga ke-178 dunia, kedudukan paling rendah dalam ranking pasukan Malaysia, namun bekas pemain berusia 44 tahun itu berharap posisi itu akan meningkat tahun demi tahun.

“Bagi memperbaiki ranking, sesebuah pasukan itu perlu mempunyai jurulatih berwibawa, jurulatih fizikal yang bagus, jurulatih berkemampuan serta jurulatih penjaga gol yang baik. Apabila barisan kejurulatihan mantap, maka prestasi bola sepak anda akan hebat.

“Tanggungjawab jurulatih ialah mempelajari daripada pasukan hebat seperti Real Madrid, Jerman dan sebagainya. Jurulatih perlu memastikan dirinya sentiasa peka dengan perkembangan bola sepak masa kini, perlu praktikal dan sentiasa belajar,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai duta jenama global AirAsia, di sini hari ini.

Bekas bintang Inter Milan dan Fenerbahce itu, juga mengingatkan generasi pemain bola sepak masa kini bahawa mereka perlu sentiasa patuh kepada arahan jurulatih yang berhak dihormati kerana kedudukan dan pengalaman luas mereka dalam bola sepak.


Sementara itu, untuk menjadi pemain bola sepak yang hebat, Carlos berkata mereka perlu bekerja keras dan berusaha menjadi lebih baik daripada pemain lain.

“Berusaha dan terus berusaha…anda perlu sentiasa bekerjasama dengan pasukan anda dan juga pihak lawan. Sebagai pemain bola sepak, tiada lebih penting selain daripada mewakili negara di pentas antarabangsa,” kata Carlos yang membarisi skuad Brazil hampir 16 tahun sebelum mengumumkan bersara daripada pasukan berkenaan selepas Piala Dunia 2006.

Diberi jolokan ‘The Bullet Man’ kerana sepakan percumanya yang kencang, Carlos berkata jaringan golnya paling tidak dapat dilupakan adalah sepakan percuma menarik dari jarak 35 meter ketika menentang Perancis pada kejohanan Tournoi de France 1997.

Carlos mewakili Brazil pada tiga kejohanan Piala Dunia sejak 1998, manakala di peringkat kelab, beliau memenangi empat gelaran dalam La Liga Sepanyol dan tiga kejuaraan dalam Liga Juara-juara UEFA pada 1998, 2000 dan 2002 bersama Real Madrid. BERNAMA

Kategori