JARANG sekali kita mendengar kanak-kanak berusia 11 tahun sudah tahu kerjaya yang ingin diceburi di masa akan datang, namun itulah yang membezakan chef cilik Danish Harraz dengan rakan seusianya.
‘Danish’s Red Kitchen’ yang merupakan program masakan miliknya memiliki lebih 30,000 pengikut di Facebook, lebih 20,000 likes serta lebih 10,000 pengikut di Twitter.
Memetik portal tempatan, seawal usia empat tahun Danish mula berminat dalam bidang kulinari dan pastri.
Kemudia, minatnya mula berkembang dan pada usianya enam tahun, Danish sudah mula mengambil tempahan dan pesanan pelanggan!
Kepintarannya dalam bidang masakan telah berjaya mencipta resepi masakan sendiri sehingga mendapat tempat di hati pelanggannya.
Biskut cip coklat ‘chewy’ yang viral baru-baru ini adalah resepi yang diubah suai mengikut cita rasanya sendiri telah mendapat perhatian meluas masyarakat di Malaysia.
“Bahagian terbaik tentang memasak adalah memakannya!” ujar kanak-kanak tersebut.
Kini, Danish mempunyai 100 pelanggan tetap apabila keunikan resepi dan keenakan masakannya telah berjaya menambat hati orang ramai.
Sementara itu, antara kanak-kanak lain di benua Asia yang mempunyai bakat yang luar biasa ialah Kyra Poh yang berumur 14 tahun dari Singapura yang pernah dinobatkan sebagai Fastest Flyer World, Isabel Sieh yang mempunyai syarikat sendiri ketika berumur 13 tahun dan Hamzah Marbella merupakan pelukis muda yang terhebat dalam Art Association of the Philippines. – MYNEWSHUB.CC/MIZE