Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Penularan Terus Lonjak,...

Sebanyak 4,503 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,664,213.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Jentayu Perlu Tunjuk Kemampuan...

KUALA LUMPUR -- Seorang Ahli Parlimen UMNO meminta sebuah syarikat yang hanya baru...

Tony Abbott Berdamai Dengan...

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengutarakan perdamaian semalam selepas bercakap dengan...

Kerajaan Akan Teruskan PERMATA...

PROGRAM Permata Negara (PERMATA) perlu diteruskan kerana dianggap sebuah program yang baik dalam meningkatkan...

Batang Kelapa Sawit Sumber Industri Perabot

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kini dalam proses merangka Pelan Pembangunan Batang Kelapa Sawit (OPT) Kebangsaan bagi menumpukan usaha penggunaan bahan itu sebagai sumber industri perabot.

Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata satu jawatankuasa telah dibentuk bagi meneliti penggunaan OPT dan sudah mewujudkan pelan dua tahun bagi memperluaskan penggunaannya.

“OPT mempunyai kandungan yang banyak potensinya. Sebagaimana pokok getah yang tidak dikehendaki sesiapa pun kira-kira 20-30 tahun lepas, OPT juga boleh menjadi bahan yang paling dicari-cari pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Perabot Eksport (EFE) 2018 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mah berkata syarikat-syarikat Jepun serta Jerman juga sedang menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan OPT.

“Di Malaysia misalnya, ada lima hingga enam syarikat yang menggunakan OPT di kilang papan mereka bagi papan lapis untuk pengeluaran perabot. Oleh itu, saya berharap usaha ini dapat dipertingkatkan,” katanya.

Menurutnya, terdapat ratusan ribu OPT setiap tahun susulan usaha penanaman semula oleh syarikat-syarikat minyak sawit yang sepatutnya tidak harus dibazirkan.


“Pada tahun 2017, nilai perabot kayu Malaysia berjumlah RM1.8 bilion atau 80 peratus daripada jumlah pendapatan eksport perabot. Sumbangan terbesar adalah daripada kayu getah,” katanya.

Sementara itu, EFE ke-14 selama empat hari bermula hari ini, dikendalikan oleh Majlis Perabot Malaysia (MFC) dan dianjurkan oleh syarikat milik penuhnya, EFE Expo Sdn Bhd.

Presiden MFC, Chua Chun Chai berkata EFE 2018 yang merupakan sebuah acara perdagangan perabot antarabangsa, dijangka menarik lebih 15,000 pembeli dan pengunjung dari lebih 140 negara selain menyediakan peluang besar untuk kalangan penggiat industri terbabit.

“Industri perabot negara akan kekal dalam kelompok 10 pengeksport perabot global. Ia telah mengeksport perabot ke lebih 160 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Kanada dan China.

“Malaysia kekal dalam kelompok itu biarpun berdepan cabaran dalam aspek perusahaan dan eksport. Ini berikutan kemudahan yang ada dalam bentuk pelbagai dasar bagi menjalankan perniagaan serta asas industri yang sedia kukuh,” katanya. – BERNAMA

Kategori