Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta SPRM Dibentang...

KUALA LUMPUR - Pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang...

11 Kematian, Kes Pulih...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,638 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

Paus Francis Akui Kegagalan...

DUBLIN - Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar semalam menggesa Paus Francis mengambil tindakan...

Kenyang Melingkar Lepas Bedal...

TAIPING - Ular sawa sepanjang hampir lima meter yang kekenyangan setelah baham seekor...

Batu Sumpah Keningau Dipindahkan April Ini

KOTA KINABALU – Kerja-kerja untuk memindahkan Batu Sumpah Keningau akan dilaksanakan April ini, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Kenyataan kementerian itu hari ini menyebut kerja-kerja itu akan dijalankan selepas tapak baharu dibersihkan dan disediakan.

Menurut kenyataan itu status pemindahan Batu Sumpah itu kini di peringkat memuktamadkan reka bentuk tapak baharu dan projek ini dijangka siap menjelang awal tahun depan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Reformasi Negeri (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mendakwa isu berkaitan ikrar pemindahan Batu Sumpah di Sabah itu tidak dipatuhi.

Batu Sumpah itu dirasmikan pada 31 Ogos 1964 dengan disaksikan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens serta ketua etnik di hadapan Pejabat Daerah Lama Keningau, sebagai simbol peringatan pembentukan Malaysia. – BERNAMA

Kategori