Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anzalna, Suami Dan Keluarga...

PASANGAN merpati dua sejoli, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang baharu sahaja...

Gadis Dakwa Dirogol Bapa...

KANGAR - Gara-gara percayakan bapa tirinya yang ingin membuang saka di dalam badannya,...

Piala Malaysia: T-Team Bangkit...

KUALA TERENGGANU – Selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam kempen Piala...

Melaka Kuat Kuasa Undang-Undang...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan menguatkuasakan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah...

Bayi Kembar Lahir Tanpa Badan, Hanya Ada Kepala

GEMPAR… Sepasang suami isteri dari Kampung Baru, Batu 4, Jalan Apas, di Tawau, Sabah terkejut selepas menerima kelahiran bayi kembar dengan keadaan fizikal tanpa kaki, tangan dan badan.

Nurhaya Karim, 33, dipetik Berita Harian melahirkan bayi berkenaan selang dua minit selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang sempurna sifatnya di rumahnya, pada awal pagi Jumaat.

Kelahiran bayi aneh berkenaan tular tersebar luas selepas gambar bayi itu yang hanya mempunyai kepala, mata, mulut dan rambut kemudian dimuat naik dalam laman sosial sejak jam 11 pagi.

Bagaimanapun, bayi istimewa berkenaan dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan. Beliau berkata bahawa bayi kembar tersebut merupakan anak yang kesembilan dan ke-10.

Bapa bayi berkenaan, Nelson Ahajul, 33, berkata mereka turut berasa terkejut apabila bidan yang menyambut kelahiran bayi pertama memaklumkan ada ‘sesuatu’ lagi bakal menyusul.

“Anak pertama lahir pada kira-kira jam 2 pagi dan dua minit kemudian anak kedua lahir dalam keadaan tidak sempurna kerana hanya memiliki kepala, mulut, mata dan rambut.


“Kami tidak sedar (berkenaan bayi kedua). Selepas bidan membasuhnya, baru kami tahu ia adalah bayi,” katanya. Bercerita lanjut, Nelson berkata, isterinya tidak berhadapan sebarang masalah sepanjang kehamilan.

“Saya reda dengan keadaan anak kami dan menganggapnya sebagai kuasa Allah,” katanya sambil menambah jenazah anaknya akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran kampung itu.

“Memandangkan kesusahan hidup, isteri saya tidak pernah mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak sepanjang melahirkan semua anak kami,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori