Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Sebenarnya Puji...

KUALA LUMPUR - PAS wajar bersyukur dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin...

Lalitha Tidak Boleh Dipercayai...

KUALA LUMPUR : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam...

Budak Ditemui Lemas Dalam...

Keningau - Kanak-kanak lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun...

Kanak-Kanak Menangis Dan Berpeluh...

INI yang dinamakan menangis air mata darah. Jika dulu kita tidak mungkin menemuinya,...

Bayi Lelaki Ditemui Berbalut Tuala Dan Tudung Bawal

MUJUR… Seorang bayi lelaki dijumpai berbalut tuala putih dan tudung bawal jingga di Kampung Batu Dua Sepintas, Sabak Bernam, Selangor semalam.

Bayi tersebut secara kebetulan dijumpai oleh individu yang mahu dikenali sebagai nama Suraya, 30, penduduk kampung di kawasan berkenaan kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang menunggu anaknya selesai mengaji al-Quran di rumah bersebelahan surau.

“Menjadi kebiasaan saya menanti anak keluar dengan meletakkan motosikal di hadapan rumah berkenaan. Tetapi semalam terdetik dalam hati saya meletakkan motosikal di hadapan surau.

“Pada mulanya, saya terdengar bunyi yang datang dari tempat solat wanita dan menyangka bunyi itu kucing bergaduh, tapi rupanya tangisan bayi lelaki dalam beg sandang biru gelap,” katanya pada akhbar New Straits Times.

Ketika ditemui, pusatnya masih berdarah dan kaki serta tangan berada dalam keadaan pucat.


Kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku pada Suraya sepanjang empat tahun menetap di kampung itu.

Penduduk kampung telah menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan rawatan ke atas bayi terbabit.

Laporan telah dibuat di Balai Polis Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, rata-rata komen netizen di media sosial menunjukkan sikap simpati terhadap bayi tersebut dan menyatakan tindakan ibunya yang meninggalkan bayi itu adalah tidak bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori