Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Harga Ikan, Sayur Meningkat...

KUALA LUMPUR - Musim tengkujuh yang melanda negara terutama beberapa negeri di pantai...

“Jurgen Klopp Seorang Hipokrit”...

JOSE Mourinho mengkritik Jurgen Klopp sebagai seorang yang hipokrit kerana mengikat Virgil van...

Rohingya Bukan Isu Domestik...

SINGAPURA – Myanmar tidak boleh mengatakan isu etnik Rohingya sebagai masalah domestik semata-mata...

Pelamin Bertemakan Kelab Bola...

KALAU dulu tema pelamin lebih banyak didominasi dengan perhiasan bunga-bungaan dan renda-renda yang...

Bekalan Air Dijangka Pulih Bermula 6 Petang Esok

BESTARI JAYA — Bekalan air ke Lembah Klang yang terganggu sejak semalam dijangka pulih secara berperingkat bermula 6 petang esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib bagaimanapun berkata bekalan air akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 36 hingga 72 jam.

“Tempoh masa pemulihan bagi wilayah Kuala Langat dan Hulu Selangor adalah sehingga pukul 6 pagi, Sabtu ini manakala bagi wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur ialah sehingga pukul 6 petang, Ahad ini,” katanya pada sidang akhbar di Loji Rawatan Air SSP3 di sini, hari ini.

Katanya dalam kejadian petang semalam, kegagalan Sistem Mampatan Udara berfungsi dengan baik telah menyebabkan lima batang paip bersaiz 1,100mm rosak dengan dua daripadanya pecah dan terpelanting keluar daripada strukturnya.

“Ketika ini, kerja-kerja pembaikan kecemasan Sistem Mampatan Udara sedang dijalankan bagi menyegerakan pemulihan bekalan air kepada 563,622 akaun di enam wilayah yang terlibat,” jelasnya.

​​​​​​​Mengulas mengenai kejadian petang semalam, Zaidy berkata kerja-kerja pembaikan kritikal di Loji Rawatan Air SSP3 dilakukan bagi membaiki kerosakan injap Pam No.3 oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) selepas mendapat kelulusan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Katanya masalah kerosakan injap tersebut hanya dikesan selepas pihak Pengurusan Air Selangor mendapati berlaku penyusutan paras Kolam Imbangan Bukit Tadun pada 26 Jan lalu.


“Penyusutan paras kolam itu disebabkan pengurangan kadar pengepaman air bersih dari Loji Rawatan Air SSP3 yang dikendalikan oleh SPLASH,” jelasnya.

Katanya pihak Pengurusan Air Selangor akhirnya terpaksa membuat laporan kepada SPAN selepas usaha bagi mendapatkan penjelasan daripada SPLASH mengenai masalah tersebut tidak berjaya.

Siasatan SPAN pada 5 Feb lalu bagaimanapun mendapati bukan hanya Pam No.3 yang mengalami kerosakan tetapi tiga lagi unit pam air bersih tidak berfungsi iaitu Pam No.4, Pam No.5 dan Pam No.8.

Ketiga-tiga pam berkenaan bagaimanapun tidak ada kaitan dengan insiden paip pecah yang berlaku semalam, jelasnya. – BERNAMA

Kategori