Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Ibarat Nabi...

KUALA LUMPUR - PAN muncul membuat dakwaan karut apabila menyamakan Pakatan Harapan yang...

Golok Kedah Tradisional Masih...

ALOR SETAR - Peluh yang merenik di dahi dibiarkan begitu sahaja tatkala tangannya terus...

Lelaki Ditahan Buat Laporan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang pengurus pemasaran kerana membuat laporan palsu kononnya...

3 Pemain Kongsi Pendahulu...

KUALA LUMPUR – Tiga pemain berkongsi kedudukan selaku pendahulu apabila melakukan dua bawah...

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya – Syabas

SHAH ALAM – Bekalan air di keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Langat sudah kembali beroperasi sepenuhnya, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Hanya tiga kawasan di Petaling masih dalam proses pemulihan bekalan, kata syarikat itu mengenai status terkini pemulihan bekalan air.

Lokasi tersebut ialah Taman Bukit Kuchai, Bandar Puchong Jaya dan Subang Jaya SS12 hingga SS19.

“Pihak kami mengambil segala usaha dan tindakan untuk meningkatkan tekanan dan aliran di kolam perkhidmatan serta sistem agihan bagi mempercepat proses pemulihan sepenuhnya di kawasan yang berada di lokasi tinggi dan di penghujung sistem agihan,” kata Syabas dalam kenyataan hari ini.

Gangguan bekalan air berlaku mulai 6 Mac lepas berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), Ijok, Selangor kerana kerja pembaikan peralatan kritikal disusuli paip sistem mampatan udara yang pecah.


Ia menjurus kepada jadual pemulihan gangguan bekalan air terpaksa dilanjutkan dan dilapor menjejaskan 563,622 akaun pengguna.

Loji rawatan air itu dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash). – BERNAMA

Kategori