Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3,212,873 Sudah Terima Vaksin...

KUALA LUMPUR - Seramai 3,212,873 individu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama...

Limau Mandarin Pakistan Dipasar...

PETALING JAYA - Bagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini, peminat limau berpeluang...

Mayat Warga India Hilang...

SHAH ALAM - Warga India yang hilang Rabu lepas apabila bot dinaikinya terbalik...

Najib Hadir Raptai Penuh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir...

Bekalan Air Sekitar Lembah Klang Hampir Pulih

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang hampir pulih, dengan peratusan pemulihan setakat ini berada pada tahap 91.7 peratus sementara kawasan di Hulu Selangor dan Kuala Langat pulih sepenuhnya.

Berdasarkan kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) setakat 7 pagi ini, gangguan bekalan air di Klang kini 97.3 peratus pulih, Kuala Lumpur (96.8 peratus), Gombak (91.9 peratus) dan Petaling (74.5 peratus).

“Segala usaha dan tindakan perlu sedang diambil bagi meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan untuk pemulihan bekalan sepenuhnya ke kawasan yang masih terjejas dan bantuan bekalan melalui lori tangki air akan terus digerakkan ,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pelanggan boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15300 (Taip: TankerNama & Alamat). – BERNAMA

Kategori