Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sisa Minyak Ditemui Di...

KUANTAN - Penduduk Kampung Pantai di sini hari ini gempar dengan penemuan sisa...

Faktor Kesihatan Punca Penjawat...

KUALA LUMPUR - Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006...

STAFOC Turut Terlibat Buru...

Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman kini turut terlibat dalam usaha...

Calon Lain Akan Ganti...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mencari calon lain untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri...

Bekas Pengurus Didakwa Tipu Pelaburan Kucing

PETALING JAYA – Bekas pengurus syarikat haiwan peliharaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memperdaya seorang pelanggannya berhubung pelaburan kucing baka ‘maine coon’ yang tidak wujud membabitkan kerugian RM240,400, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Zaidi Musa, 34, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Dia didakwa memperdayakan Abdullah Sani Suleiman, 62, untuk mempercayai pelaburan pembiakan kucing baka ‘maine coon’ yang dijalankan syarikat Imadi Pet Global Sdn Bhd itu wujud sehingga mangsa menyerahkan wang RM240,400 ke dalam akaun milik syarikat menjual haiwan peliharaan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, 2 Sept 2016 dan 4 Okt 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan sehingga kes selesai.


Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan ringan atas alasan dia tidak bekerja sejak Ogos tahun lalu, selepas syarikat itu ditutup.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori