Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DEIG: Pembangkang Lebih Tak...

KOTA BHARU - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan PKR didakwa...

Demonstrasi Jalanan Perlekeh Penggunaan...

ISLAM tidak pernah melarang golongan wanita untuk berfesyen dan mengikuti aliran terkini di...

Ahli Parlimen Jelebu Stabil...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainuddin Ismail yang menjalani pembedahan di...

Waris Penumpang China Tidak...

Kira-kira satu dozen ahli keluarga para penumpang MH370 warganegara China berkumpul di hadapan...

Bimbing Pelajar Bermasalah Bukan Terus Buang

SEREMBAN – Pelajar yang bermasalah di sekolah haruslah dibimbing dan bukannya terus membuat keputusan untuk menamatkan persekolahan mereka, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata masalah pelajar di sekolah biarlah diselesaikan di dalam sekolah kerana jika pelajar ini dibuang, ianya akan menjadi lebih serius yang akan menyumbang kepada masalah dalam struktur kemasyarakatan.

“Jangan kita terus membuang pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin sebaliknya mengkaji kenapa berlaku masalah tersebut kerana kita (guru) tidak tahu apa masalah yang dihadapi dan juga latar belakang mereka.

“Di Negeri Sembilan kita ada membuat program dipanggil EMAS iaitu singkatan kepada Engkau Masih Ada Yang Sayang yang ditaja oleh kerajaan negeri bagi pelajar bermasalah,” katanya dalam ucapan makan malam Persidangan Pengurusan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Perak ke-57 2018 di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin dan Yang Dipertua MPSM Perak Ibrahim Mat Diah.


Mohamad berkata selepas pelajar menjalani Program EMAS tersebut, prestasi mereka semakin melonjak dan tidak lagi menimbulkan masalah kerana hidup mereka lebih tersusun sekali gus dapat menjamin masa depan mereka. – BERNAMA

Kategori