Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Remy Mohon Pelakon Baharu...

SEJAK melibatkan diri dalam dunia seni sekitar 12 tahun yang lalu, Remy Ishak...

Isu Had Umur Belia...

KULAI - Kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan...

Cristiano Ronaldo Rakam Gol...

PENYERANG berbisa Real Madrid, Cristiano Ronaldo melengkapkan gol ke-300 dalam aksi La Liga...

Laporan Sarawak Report Hanya...

KUALA LUMPUR - Rakyat diminta untuk tidak mempercayai sebarang laporan yang dikeluarkan oleh...

Blogger Gesa SKMM Siasat Guan Eng Siar Berita Palsu

CYBERJAYA – Seorang blogger, Ragvinder Singh Jessy hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa memuat naik berita-berita palsu menerusi laman sosialnya.

Pemilik blog www.thethirdforce.net itu mendakwa setiausaha agung DAP itu sengaja berkongsi artikel berita palsu terbitan portal milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di www.bulentinmutiara.com tentang projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Berita palsu itu berbaur hasutan dan fitnah termasuk menuduh Barisan Nasional membeli undi rakyat dengan menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ragvinder turut menggesa SKMM untuk melakukan siasatan segera terhadap Lim kerana tindakannya itu boleh menggugat kestabilan negara serta menjejaskan keharmonian antara rakyat.

“Guan Eng perlu lebih bersikap bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin, dan tindakan sebar berita palsu dan fitnah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori