Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1 lagi Mayat Mangsa...

KOTA KINABALU - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui satu lagi mayat mangsa...

Peniaga Vape Ibarat Jual...

KUALA LUMPUR - Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) kesal kerana ramai pihak di...

“Saya Bukan MB, Buat...

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan tiada keperluan untuk beliau...

FAM: Hentikan Budaya Merompak

PENAJA utama The Red Warriors memulakan perang perubahan terhadap FAM sebagai episod baharu...

BN Kedah Tak Tergesa-Gesa Sediakan Manifesto

SUNGAI PETAN – Barisan Nasional (BN) Kedah tidak mahu tergesa-gesa dalam menyediakan manifesto pilihan raya umum (PRU) demi memastikan ia bukan hanya sekadar janji kosong seperti dibuat pembangkang.

Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya masih lagi membuat penelitian, perancangan dan perbincangan bersama jentera parti agar manifesto yang ditawarkan nanti memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

“Kita (BN) tidak tergesa-gesa macam mereka (pembangkang). Kita mahu pastikan bila hendak bagi sesuatu kepada rakyat, ia boleh dilaksanakan dan realistik sebab itu perlu tengok dahulu semua keperluan rakyat.

Orang lain boleh cakap macam-macam, janji itu (dan) ini tapi akhirnya mereka tidak boleh laksanakan. Kita juga tahu manifesto yang mereka lancarkan itu sebenarnya ambil daripada BN,” kata menteri besar itu selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Peladang Muda dan Peladang Nita di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok di sini hari ini.

Pada 28 Feb lalu, PAS bersama rakan strategik mereka dalam Gagasan Sejahtera melancarkan manifesto PRU14 khusus untuk Kedah antaranya sumbangan beras sejahtera, mewujudkan Skim Tabungan Anak Kedah, membangunkan Sungai Kedah sebagai produk pelancongan dan menyelesaikan masalah bekalan air secara berperingkat.


Bagaimanapun, sehari selepas itu Ahmad Bashah berkata pembangkang sepatutnya membiarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah Kedah jika hanya tahu ‘mencedok’ manifesto BN yang telahpun dilaksanakan di negeri ini.

Manifesto BN pada PRU13 fokus terhadap pelaburan berskala besar, sektor pelancongan, isu perumahan, penyelesaian masalah banjir, kesihatan, keselamatan, kebajikan, sistem penyampaian awam, belia dan sukan, pendidikan dan pembangunan modal insan. – BERNAMA

Kategori