Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kahwin Gadis Muda Jadi...

BARU-BARU ini, beberapa keping gambar yang memaparkan perkahwinan seorang lelaki tua bersama gadis...

3 GAMBAR: Objek Didakwa...

TIGA keping gambar balutan kain putih didakwa santau yang dihantar seseorang, viral di...

Pemimpin UMNO Mula Tawarkan...

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin UMNO mula menawarkan diri bertanding pada pemilihan parti itu,...

Satu Majlis PN Perlu...

KUALA LUMPUR - Satu platform atau majlis bagi menyelaras data dan perancangan setiap parti...

BN Mampu Rampas Kerusi Parlimen Seremban Daripada DAP

SEREMBAN – Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kerusi Parlimen Seremban daripada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya ini berdasarkan kerjasama mantap antara parti komponen BN di bawah pimpinan Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Jentera pilihan raya MCA Negeri Sembilan sudah bersiap lebih awal dan kini sudah mencapai satu tahap yang sangat mantap, bukan sahaja dari segi hubungan akrab bersama parti komponen BN. Kami menganggap semua ini sangat penting untuk memastikan kemenangan mutlak berpihak kepada BN pada pilihan raya umum kali ini.

“Malah, saya rasa kita ada satu visi yang jelas yang kita lihat kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengamalkan satu prinsip yang mereka merencanakan semua agenda pembangunan lebih awal,” katanya di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan Bilik Gerakan BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang dan DUN Temiang di sini.

Turut hadir Pengerusi MCA negeri Datuk Seri King Lim Chin Fui, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Datuk Abu Ubaidah Redza.

Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sekurang-kurangnya kerajaan negeri mempunyai rancangan jangka panjang untuk melaksanakan Pelan Pembangunan 30 tahun Negeri Sembilan 2015-2045 supaya rakyat dapat menikmati kemajuan dan kesejahteraan.


Malah, katanya Malaysia Vision Valley (MVV) akan dibangunkan di bahagian barat Negeri Sembilan meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas 108,000 hektar yang mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Ini yang saya katakan kerajaan negeri mempunyai visi yang jelas dan rakyat harus memberi sokongan pada BN untuk memastikan negeri ini terus membangun dan sejahtera. Kami melihat potensi pembangunan dan kami juga hendak memastikan aspek sosial itu akan dijaga khususnya apabila wakil rakyat BN yang boleh ‘membawa suara’ warga Parlimen Seremban atau di peringkat DUN, saya rasa akan lebih mempermudahkan kerja. Jadi, kami perlu satu pasukan mantap untuk meneruskan agenda pembangunan ini.

“Sekiranya kita meletakkan kepercayaan kepada pembangkang sahaja, tugasnya hanya membangkang. Kita mempunyai calon berwibawa seperti Timbalan Menteri Pendidikan Senator Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban. Beliau datang dengan visi yang jelas iaitu bagaimana hendak membangunkan tempat lahirnya dan pelbagai lagi agenda demi kesejahteraan rakyat semua kaum.

“Saya yakin Datuk Chong telah membuat perencanaan rapi untuk semua kaum. Oleh itu, berilah sokongan dan kemenangan kepada calon BN pada PRU14,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan MCA membuat keputusan untuk mencalonkan Senator Datuk Chong Sin Woon dalam saingan merebut kerusi Parlimen Seremban pada PRU14. – BERNAMA

Kategori