Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penyatuan Ummah Terus Menerus...

KUALA LUMPUR - Biarpun Barisan Nasional, Muafakat Nasional serta parti-parti lain yang bersahabat...

Nombor 33 Milik Petr...

PENJAGA gol berpengalaman terbaru yang menyertai ‘The Gunners’ dari Chelsea pada Jun lalu...

XR3501, Monitor Pemain Video...

BEN Q merupakan salah satu syarikat gergasi yang menjadi pesaing kepada Samsung.Pada tahun...

Neelofa ‘Sound’ Wartawan, Kenapa...

PELAKON terkenal, Neelofa akui sedikit terguris hati dan terkilan dengan sikap wartawan sebuah...

BN Tak Gentar Hadapi Tun M Pada PRU14 – Mahdzir

KEPALA BATAS – Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk menghadapi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yakin rakyat terutamanya orang Melyau tidak mudah percaya dengan janji-janji pembangkang termasuk Dr Mahathir yang kini bekerjasama dengan DAP yang dahulu dibencinya.

“Selama 50 tahun Tun Dr Mahathir berada dalam arena politik, selama itulah dia benci DAP dan dia tak pernah suka DAP. Tiba-tiba dalam dua tahun ni dia bekerjasama dengan DAP. Jadi, saya tak fikir orang Melayu boleh terima apa yang dibuat Tun Dr Mahathir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan di Bumbung Lima, di sini. Turut hadir Timbalan Menteri Luar yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata projek sekolah pendidikan khas itu di tapak seluas 8.29 hektar dengan kos RM45 juta dijangka siap pada April 2020.


“Selain akademik, sekolah itu turut menawarkan program kemahiran dan teknikal kepada pelajarnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori