Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis ‘Ganteng’ Kacak Buru...

JAKARTA - Tragedi serangan bom di sekitar pusat beli-belah Sarinah di Jalan MH...

Dadah Bernilai RM329,250 Dirampas...

KUCHING - Polis Sarawak merampas dadah jenis syabu dan ekstasi bernilai RM329,250 menerusi...

Kastam Thai Rampas Sumbu...

BANGKOK - Kastam Thai menahan dua rakyat China di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di...

Kes Tipu Hartanah, Adlin...

INDUSTRI hiburan hari ini dikejutkan dengan berita seorang pelakon dan pelawak terkenal ditahan...

BN Terus Utuh, Tidak Dapat Ditiru Parti Politik Lain

SEREMBAN – Gabungan politik yang membentuk Barisan Nasional (BN) merupakan satu gabungan yang mantap, jitu dan utuh serta tidak dapat ditiru mana-mana parti politik lain terutamanya pembangkang.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Tan Sri Annuar Musa berkata formula itu cuba ditiru pembangkang sebelum ini yang menubuhkan beberapa pakatan setiap kali pilihan raya, namun berakhir dengan kekecewaan.

“Ramai orang cuba nak tiru BN… Pakatan Harapan (PH) nak tiru, dulu buat Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan sebagainya dan beberapa kali parti lain cuba nak tiru cara BN namun semua gagal, setiap kali pilihan raya hancur.

“Apa beza antara BN dengan parti-parti lain yang cuba dibuat oleh DAP dan mereka bergabung? Bezanya ialah, di dalam BN kita jujur antara satu sama lain sejak penubuhan parti perikatan lagi dan, antara kaum-kaum kena ikhlas, tak payah bermain politik. Kita ikhlas terima hakikat bahawa negara yang merdeka ini, tidak boleh merdeka dengan bersendirian… negara yang merdeka ini mesti jaga aspirasi orang Cina, kepentingan orang India dan orang Melayu dan kaum-kaum lain,” katanya di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat ‘Menangani Fitnah Pembangkang Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang turut dihadiri Ketua Publisiti MCA Kebangsaan, Datuk Seri Ti Lian Ker; Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Negeri Sembilan yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Jalaluddin Alias; Setiausaha Penerangan MyPPP, Andrew Rajah dan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan, S. Shanmugam.

Berbicara lanjut, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata berbanding pembangkang, formula yang diamalkan BN juga merangkumi semua lapisan kaum yang ada di negara ini.

“BN adalah warisan bagi rakyat Malaysia, BN adalah hadiah paling mahal yang ada di tangan rakyat Malaysia dan negara kita hanya boleh bergerak ke hadapan sekiranya semua rakyat dapat berfikir secara Malaysia dan BN.

“Dalam BN, tiada tempat untuk kita bermain sentimen perkauman. Kita tolak DAP bukan kerana Lim Kit Siang (veteran DAP) bukan kerana Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)… yang kita tolak DAP kerana falsafah politiknya yang tidak sesuai dengan politik di Malaysia,” katanya.

Anggota Parlimen Ketereh itu berkata di dalam BN, setiap pemimpinnya amat memahami dan menghormati kepentingan kaum-kaum yang lain yang juga merupakan kunci kepada kekuatan gabungan itu selama ini.


“Saya belajar, rupanya kita nak mentadbir negara membawa kepentingan semua kaum-kaum tidak boleh panas baran, sombong dan hilang sabar… anda perlu satu seni untuk berunding, perlu kebijaksanaan bukannya dengan meraung, tunjuk perasaan dan maki hamun…kita tidak boleh membakar sentimen perkauman antara satu sama lain.

“Kalau nak tengok orang ada kebijaksanaan, ramai dalam parti-parti komponen BN yang faham tentang roh dan semangat tentang Malaysia. Negara memerlukan pemimpin-pemimpin di mana orang Melayu yang sangat memahami tentang saudara-saudara kita yang lain dan sebaliknya dan formula ini sahaja yang boleh membawa kita ke hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata pertembungan hari ini antara BN dan pembangkang khususnya bekas pemimpin UMNO bukanlah kerana disebabkan kepincangan yang dilakukan parti itu, sebaliknya lebih kepada perebutan kuasa.

“Ini bukan soal nak selamatkan Malaysia dan reformasi dan sebagainya, ini soal perebutan kuasa individu. Pilihan raya kali ini bukan tentang masa depan (Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun) Dr. Mahathir (Mohamad), ia adalah untuk masa depan anak-anak kita.

“Saya orang Dr. Mahathir dan saya bukan orang Najib. Zaman Mahathir ketika saya kalah (pilihan raya) saya dilantik sebagai menteri, tetapi zaman Najib apa yang saya dapat. Zaman Najib saya kalah saya tak dapat jadi menteri tetapi dilantik jadi Pengerusi MARA (Majlis Amanah Rakyat) itu pun dua tahun saja. Saya tidak boleh duduk di bawah pemimpin yang mempunyai dendam dan mereka-reka cerita. Kita tak pertahan kalau benda itu salah, tapi kita akan tolak pemimpin yang menfitnah dan mengada-adakan cerita demi kepentingan sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori