Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peluang Kedua Lepasan SPM...

SAAT melangkah masuk ke universiti semakin tiba namun masih ada segelintir adik-adik lepasan...

Polis Minta Lelaki Panjat...

IPOH - Polis meminta lelaki yang memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di...

PM Sumbang 12 Ekor...

PEKAN- Sebanyak 12 ekor lembu sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikorbankan...

PRN: Nenek Aziz DAP...

KUCHING - "Jangan sesekali mengundi cucu saya sendiri, Aziz Isa yang mewakili DAP...

Bomba Sukarela Terlibat Operasi Akan Dibayar Elaun

KANGAR – Anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang terlibat dalam operasi akan dibayar elaun RM6 sejam bermula selewat-selewatnya pada pertengahan tahun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata keputusan pelaksanaan bayaran elaun itu hanya perlu kelulusan Parlimen apabila cadangan pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dibentang dalam masa terdekat.

“Bayaran ini bagi menghargai peranan dan sumbangan anggota-anggota PBS membantu tugas-tugas JBPM dalam operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran,” katanya kepada media selepas majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan itu dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 JBPM Perlis di sini, hari ini.

Seramai 24 pegawai dan anggota menerima Pingat Setia Bomba (PSB), Pingat Cemerlang Bomba (PCB) serta APC.

Wan Mohd Nor berkata pada masa ini, terdapat 370 PBS dianggotai lebih 15,000 orang di seluruh negara dan mereka hanya diberi perlindungan insurans sebanyak RM1 juta dan peralatan kebombaan RM3 juta setahun.


Katanya JBPM juga berhasrat meletakkan PBS di bawah kendalian jabatan secara terus berikutan pasukan ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sejajar dengan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang akan dipinda bagi memberi kawalan terus ke atas PBS.

Semalam, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan supaya menimbang untuk menyediakan elaun khas buat anggota PBS dalam cadangan meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988. – BERNAMA

Kategori