PERNAH tak korang kecewa kerana barangan yang dibeli di online shop sama ada tak berkualiti, tak original atau pun lagi parah, tak sampai-sampai langsung?
Punyalah tunggu lama dan teruja, sekali barang yang sampai tak ‘semenggah’ mana!
Keadaan itu bukan saja buatkan kita rasa patah semangat, bahkan mampu jejaskan bisnes peniaga online lain yang benar-benar jujur berniaga kerana ramai yang sudah ‘terkena’ tidak lagi mempercayai peniaga-peniaga ini.
Tapi usahlah gusar lagi: hari ini kami ada berita baik untuk beritahu kepada semua pencinta online shopping dan juga para peniaga dalam talian!
Sejak 25 Mei tahun lalu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan SSM BizTrust — satu platform khas buat para peniaga atas talian untuk mendapatkan pensijilan BizTrust melalui logo (seal) yang akan dipaparkan di laman web perniagaan mereka.
Jadi apabila pembeli melihat paparan logo tersebut, mereka akan lebih yakin dan rasa selamat untuk berurusan dengan peniaga.
Macam mana nak dapatkan persijilan SSM BizTrust ini untuk perniagaan dan sekaligus memenangi kepercayaan pelanggan korang? ‘Kacang’ je!
Korang hanya perlu mewujudkan akaun log masuk SSM Biztrust di sini dan ikuti langkah-langkah yang akan dipaparkan di halaman web tersebut.
Setelah mendapatkan kod verifikasi, korang akan dibawa ke halaman borang pendaftaran BizTrust di mana anda perlu memilih tahap-tahap BizTrust yang diinginkan.
Buat pengetahuan, BizTrust ditawarkan dalam 3 Tahap iaitu:
Tahap 1 – mematuhi prinsip dan kriteria pendaftaran;
Tahap 2 – mematuhi prinsip dan kriteria pendaftaran serta
mematuhi kriteria keselamatan atau privasi; dan
Tahap 3 – mematuhi prinsip dan kriteria pendaftaran serta
mematuhi kriteria keselamatan dan privasi.
Dan yang lebih menarik, buat masa ini SSM BizTrust tengah buat promosi istimewa, tau!
Kalau korang nak tau, SSM menawarkan pendaftaran Biztrust secara percuma untuk tempoh satu tahun kepada mana-mana entiti perniagaan yang berminat mendaftar dengan SSM Biztrust.
Tapi cepat tau, sebab promosi percuma ni akan berakhir pada 31 Mac 2018!
Jadi apa korang tunggu lagi? Menang kepercayaan pelanggan dan lindungi perniagaan korang dengan SSM BizTrust sekarang! – MYNEWSHUB.CC