Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Syarikat Makanan Didenda RM5K,...

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini...

Empat Senior Mengaku Salah...

SEREMBAN : Empat pelajar senior lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini mengaku...

Takoyaki Pandu Lalu Laris

PAPAR: Pengalaman bekerja di luar negara mencetuskan idea untuk seorang anak jati daerah...

Pengacara, 6 Kru Sukan...

MIRI - Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan...

Buat Kenyataan Umum, Majistret Tegur Farid Kamil

SIDANG media untuk menjelaskan situasi sebenar berhubung kes jenayah yang dibuat pada 28 Februari lalu oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditegur oleh Majistret.

Hal ini kerana, perbicaraan kes jenayah Farid masih berjalan dan beliau tidak sepatutnya membuat sebarang kenyataan umum selagi kesnya masih belum selesai.

Baca: Farid Beri Penjelasan Tentang Insiden Hitam

Majistret Nor Ariffin Hisham berkata demikian selepas mengambil kira kenyataan dibuat Farid selaku Orang Kena Tuduh (OKT) baru-baru ini.

“Mahkamah mengambil kira kenyataan dibuat oleh OKT (Farid) dan diharap selepas ini tiada lagi sebarang kenyataan dibuat berhubung kes yang sedang dibicarakan.

“Apa juga perkara berkaitan dengan kes biarlah mahkamah yang pertimbangkan,” katanya memetik beberapa laporan media tempatan.

Nor Ariffin berkata demikian ketika prosiding sebutan semula lima kes jenayah terhadap Farid di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari ini (Isnin).

Bagaimanapun, peguam Farid iaitu Faizul Mohd Nasir memberitahu mahkamah anak guamnya tidak menyentuh perkara yang melibatkan mahkamah semasa sidang akhbar itu.

Namun, Faizul memohon maaf atas perkara itu dan akan menghormati teguran mahkamah pada masa hadapan.

“Kami tidak menyentuh secara langsung mengenai kes yang sedang berjalan di mahkamah dalam kenyataan.


“Tiada subjudis namun terima kasih atas peringatan,” katanya.

Sekadar mengimbas semula, sebelum ini Farid mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan iaitu memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) yang dalam kumpulan ganja ke dalam badan pada 11 Januari lalu.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Farid turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu.

Sebutan kes akan disambung pada 7 Mei depan sebagai pengurusan kes. – MYNEWSHUB.CC

Kategori