Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tidak Mampu Pertahan Ummah...

PUTRAJAYA - Ketidakmampuan negara Islam mempertahankan ummah adalah satu faktor menyebabkan semakin banyak...

Farid Kamil Didakwa Lagi,...

PETALING JAYA- Pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil sekali lagi didakwa di Mahkamah...

Kenaikan Cukai Taksiran Disebabkan...

SEREMBAN - Kadar cukai taksiran yang diterima sesetangah pihak bukan disebabkan kerajaan negeri...

Tindakan ‘Singkir’ Iszuree Tunjuk...

GEORGETOWN - Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang...

Bukan ‘Hilang’, Saleha Kini Semakin Selektif

Meskipun kelibatnya sudah jarang dilaporkan oleh media tempatan, namun pelakon cantik, Siti Saleha menafikan dia tidak lagi aktif berlakon selepas mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Malah bagi adik kepada Sam Bunkface itu turut memaklumkan bahawa sudah tiba masa baginya untuk meneliti terlebih dahulu setiap watak yang ditawarkan.

“Alhamdulillah, saya dah mula berlakon semula selepas berehat dalam tempoh yang panjang dan perkara itu tidak dilakukan secara drastik.

“Sebenarnya saya tidak menghilang tetapi lebih memilih kali ini. “Setiap tawaran yang diterima saya akan nilai daripada segi watak, skrip dan pengarah itu sendiri,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Selain itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu juga memberitahu dia tidak mahu membawa watak yang sama sepanjang bergelar pelakon kerana dia sememangnya mahukan kelainan.

Bagaimanapun, drama baharu lakonanya yang berjudul Hamba Iblis dikatakan bakal ditayangkan pada bulan ini siaran Astro Citra.

Dalam masa yang sama, dengan kelainan yang dibawa dalam setiap watak, ianya juga dapat mencabar keupayaan baginya untuk melakonkan pelbagai watak lain.


“Bagi saya tidak salah memilih kerana ini adalah untuk kebaikan pada sesorang pelakon itu bagi menjaga kualiti dalam lakonan,” ujarnya lagi.

Nama Siti Saleha mula meletup di industri hiburan tanah air selepas digandingkan bersama dengan aktor berbakat besar, Aaron Aziz menerusi drama bersiri Nora Elena sekitar tahun 2011 yang lalu.

Pada perkembangan terbaharu, Siti Saleha telah diumumkan sebagai duta Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur (BAS KL) bagi menarik minat orang ramai untuk meneroka seni budaya sekitar Kuala Lumpur.

Antara pengisian untuk BAS KL ialah kempen cuti sekolah dengan memberi peluang kepada keluarga serta individu yang mahu menikmati acara kesenian sempena cuti sekolah pada 17 Mac hingga 1 April ini yang bertempat di Galeri Ilham, Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia, R!UH dan Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur. –MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori