Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Isteri, Bayi Mati Dihentak...

BREBES - Apa yang membuatkan seorang lelaki tergamak membunuh isteri dan bayinya yang...

Johor Arah Sekolah Tangguh...

Kota Tinggi : Johor mengarahkan pihak sekolah menangguhkan sementara semua aktiviti luar bilik...

NASA Cipta Robot ‘Lebah’...

MOUNTAIN VIEW - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) bakal...

‘Hantu’ Kit Siang Muncul...

SEJAK semalam tular klip video yang menunjukkan penampakan hantu wanita berkebaya merah di...

“Bukan Sorok Isteri, Cuma Mahukan Privasi” – Abam

SESETENGAH pasangan kalau dah kahwin pasti 24 jam akan tunjuk pasangan mereka dekat orang lain tak kira ketika keluar berjalan-jalan mahupun di media sosial.

Namun tidak bagi pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, apabila dia tidak terlalu mendedahkan isterinyaa, Siti Norhidayah kepada umum kerana mahukan privasi buat wanita itu.

“Rasanya lebih baik dari sekarang saya tidak terlalu mendedahkannya kepada umum kerana bimbang nanti pergerakkannya dan privasinya akan terbatas.

“Saya mahu dia menjalani kehidupan normal seperti mana sebelum dia berkahwin dengan saya dan bukannya ingin mengkongkongnya,” kata Abam dipetik daripada portal mStar Online.

Berbanding dengan ahli kumpulan Bocey yang lain iaitu Fad dan Achey, mereka sering membawa isteri masing-masing ketika berada di majlis keraian dan selaalu memuat naik gambar di media sosial.

Disember lalu, pasangan itu telah selamat diijabkabulkan dekat Masjid Jamek Sultan Hidhamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Walaupun dirinya agak tidak dikenali berbanding isteri ahli kumpulan Bocey yang lain, itu tidak membuatkan Hidayah berasa dikongkong kerana baginya situasi begitu lebih membuatkan dirinya selesa.


Bagaimanapun, Abam tidak akan ‘sorok’ isterinya begitu lama kerana dia juga perlu membawa isterinya ketika menghadiri beberapa majlis yang memerlukan dia berbuat seperti demikian.

“Dia okay sahaja malah dia sendiri lebih selesa tidak begitu menonjol dalam ‘dunia’ saya dan faham kenapa saya mahu keadaan kekal seperti sebelum ini.

“Sejak berkahwin banyak yang dia belajar tentang diri saya dan karier saya,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abam bakal terlibat dalam program Bocey & Friends Live bersama-sama Fad dan Achey pada setiap Jumaat jaam 10 malam, siaran Astro Warna dan Warna HD.

Mereka berharap agar program berkenaan dapat merawat rindu peminat yang mahu melihat mereka bergandingan di aatas pentas secara langung. – MYNEWSHUV.CC/AH

Kategori