Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

I Am Me DSV...

KALAU dulu semasa di Konsert Nova 2017, Datuk Seri Vida dijemput ke atas...

Lagu Yuna Duet Usher...

NAMPAKNYA usaha penyanyi berhijab terkenal, Yuna untuk mendaki populariti dalam pasaran muzik Amerika...

Lelaki Nama ‘Mat Juta...

ENAM pelajar lelaki bukan hanya dimarahi tanpa sebab, tetapi turut menjadi mangsa peras...

Polis Rakam Keterangan Khairuddin,...

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd...

Bulgaria Siasat Kes 100 Kuda Mati Kelaparan

SOFIA – Pendakwa Bulgaria telah melancarkan siasatan ke atas pemilik kawanan kira-kira 100 ekor kuda selepas mereka dijumpai dibiarkan kelaparan hingga mati atau sudah mati di pergunungan salju yang terikat.

Lapor Reuters, kesemua kuda-kuda itu ditemui oleh sekumpulan aktivis alam sekitar Ahad lalu di Pergunungan Osogovo berhampiran sempadan dengan Macedonia di barat Bulgaria.

Insiden tersebut telah dimaklumkan segera kepada pihak polis dan perkhidmatan kecemasan, namun salji tebal melambatkan operasi menyelamat.

Ketua Pendakwa Raya Rumyana, Arnaudova Elitsa Dimitrova berkata, pihaknya menjumpai haiwan malang tersebut dalam keadaan yang menyedihkan.

“Haiwan itu hanya berdiri dalam salji dan tidak bergerak. Mereka kebuluran dan tidak makan untuk satu tempoh lama. Mereka juga tidak berdaya dan menunggu masa untuk mati.

“Kira-kira 100 ekor kuda mati dan yang masih hidup berada dalam keadaan sangat lemah,” katanya.


Ujarnya lagi, pemilik kuda tersebut sepatutnya bertanggungjawab menjaga haiwan terbabit kerana telah menerima sejumlah geran daripada Kesatuan Eropah untuk menjalankan pembiakan kuda sebelum ini.

Di negara tersebut, kekejaman terhadap haiwan boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara dan denda sehingga 5,000 levs (RM12,235). – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori