Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

JDT Cipta Sejarah Pasukan...

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu...

Daftar Vaksin AstraZeneca Bagi...

PUTRAJAYA - Pusingan kedua pendaftaran tempahan vaksin COVID-19 AstraZeneca akan dibuka kepada orang...

Diskaun Tol Mex 10...

KUALA LUMPUR - Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10...

‘Penceraian Politik’ Buka Gelanggang...

KUALA LUMPUR - 'Perceraian politik' di antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Cabaran Getir Bagi MIC Untuk Menang Semua Kerusi

PUTRAJAYA – Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengakui bahawa parti itu akan menghadapi cabaran getir untuk memenangi kesemua sembilan kerusi Parlimen dan 18 Dewan Undangan Negeri yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Nasib masa depan parti kaum India terbesar itu akan ditentukan dengan jumlah kerusi parlimen dan DUN yang boleh dimenanginya dalam pilihan raya itu, katanya dan menambah bahawa keputusan yang baik adalah penting bagi mengembalikan era kecemerlangan parti itu.

Katanya ini dapat dilakukan menerusi kepimpinan yang kuat dengan stretegi yang bersesuaian untuk parti kekal relevan di kalangan masyarakat India di negara ini.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, pencapaian buruk dalam PRU 14 akan hanya menyebabkan kejatuhan politik dikalangan masyarakat serta dalam konteks nasional bagi parti yang memenangi empat daripada sembilan kerusi parlimen yang ditandinginya dalam pilihan raya 2013.

“Memenangi tujuh kerusi parlimen masih merupakan harapan kita. Harap kita dapat mencapai sasaran itu. Keputusan pilihan raya akan datang adalah penting bagi kita. Jika pencapaian kita lebih baik ini akan mengukuhkan parti dan sekiranya pencapaian kita lebih teruk daripada PRU13, in akan mencalarkan imej parti, “ katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Dr Subramaniam dilaporkan sebagai berkata bahawa MIC yakin memenangi tujuh kerusi parlimen dan 13 kerusi DUN daripada 28 kerusi ia rancang untuk bertanding dalam PRU 14 nanti. Dalam PRU 13, BN memenangi 133 daripada of 222 kerusi parlimen yang ditandingi di mana daripada jumlah itu MIC menyumbangkan empat kerusi.

Beliau berkata berdasarkan kajian MIC gelombang nasional yang anti MIC dan BN, dan demografi kerusi pilihan raya yang berdasarkan kaum merupakan antara penyebab pencapaian buruk parti itu dalam pilihan raya 2008 dan 2013 .

“Menurut kajian tersebut faktor berkenaan akan menentukan samada sesebuah kerusi itu dianggap berisiko atau selamat dan justeru itu banyak kerusi yang telah dan akan ditandingi oleh MIC tidak boleh lagi dianggap sebagai ‘kerusi selamat’.

Faktor lain ialah rungutan penduduk setempat bahawa pemimpin akar umbi MIC tidak bergaul dengan masyarakat biasa.


Sehingga kini, Dr Subramaniam berkata pihak parti telah menjangkaui lebih 500,000 pengundi India menerusi program Jalinan Rakyat , dan percaya BN kini meraih sokongan antara 60 hingga 65 peratus pengundi.

Beliau berkata kerajaan dan MIC telah menarik perhatian masyarakat India menerusi pelbagai program termasuk Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang menjanjikan bantuan termasuk meningkatkan pendapatan dan tahap pembelajaran, membuka peluang perniagaan serta lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam.

“Pelan Tindakan itu akan dilaksanakan. Ini bukan gimik pilihan raya atau retorik politik. Program 10 tahun itu mendapat respons positif bagi masyarakat India untuk terus menyokong BN yang mempunyai rekod penyampaian terbaik kepada rakyat,”katanya.

Mengenai strategi menarik pengundi, Dr Subramaniam berkata jentera parti telah mengenalpasti 20 peratus pengundi atas pagar dan menerangkan dan program serta peluang yang diwujudkan oleh kerajaan BN untuk manfaat masyarakat India.

Dr Subramaniam berkata pihak parti juga sedang menanam dinanisme baharu bagi membawa perubahan dalam strategi parti , imej yang pro-aktif ke arah pengukuhan serta menarik lebih ramai golongan muda ke dalam MIC untuk menghadapi gelombang baharu dalam politik.

”Transformasi adalah perlu. Pemikiran generasi muda adalah berbeza. Orang lama dalam parti harus membenarkan penyertaan golongan muda . Transformasi ini penting. Kita akan membawa unsur pemodenan sebanyak mungkin dan membuka pintu kepada generasi muda menyertai parti,” katanya. – BERNAMA

Kategori