Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ezany Kesal Dituduh Curi...

BUKAN sahaja masalah rumahtangga penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun sahaja yang sibuk diperkatakan...

Malaysia Bukan Negara Sifar...

KUALA LUMPUR - Dakwaan Malaysia yang mengatakan negara ini merekodkan kadar kemiskinan paling...

Nelayan Labuan Tangkap Kerapu...

LABUAN - Seorang nelayan Labuan berjaya menaikkan seekor ikan kerapu gergasi seberat 241...

Chong Wei Kembali Ranking...

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kembali merampas status pemain nombor satu...

Cadbury Perluas Perkongsian Dengan Premier League

PETALING JAYA – Cadbury, jenama konfeksi terkenal dunia oleh Mondelez International, dan pengendali acara sukan bola sepak terkemuka, Premier League, hari ini mengumumkan inisiatif memperluaskan perkongsian mereka ke Malaysia.

Legenda bola sepak Premier League England, Andrew Cole, yang popular dikenali ramai sebagai Andy Cole, merasmikan majlis berkenaan di Empire Damansara, Damansara Perdana, di sini, bagi menandakan lanjutan perkongsian itu semasa lawatan tiga hari beliau ke negara ini.

Bersempena dengan perkongsian itu, Cadbury mengadakan peraduan di mana 10 pemenang bakal berpeluang memenangi tiket korporat dan tajaan perjalanan berbayar sepenuhnya ke United Kingdom (UK) untuk menonton perlawanan Premier League pilihan mereka.

Bagi menyertai peraduan yang berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei 2018, pengguna hanya perlu membeli apa-apa produk Cadbury dalam sebarang nilai dari mana-mana kedai tempatan dan mengemukakan resit sebagai bukti pembelian melalui WhatsApp ke 016-6688576.

Pengurus Kategori Cokelat Cadbury, Mondelez International, Nikhil Nicholas berkata: “Pelanjutan perkongsian itu bertujuan untuk memperluaskan jangkauan dan memberi pengalaman unik Cadbury kepada para peminat setia, serta untuk turut berkongsi keseronokan perlawanan Premier League dengan para penggunanya.”

Perkongsian Premier League telah diumumkan buat pertama kalinya di UK tahun lepas, berdasarkan sejarah perkongsian sukan ikonik oleh Cadbury termasuk penajaan Sukan Olimpik London pada 2012.

Nicholas berkata perkongsian jangka panjang itu menyediakan platform alternatif untuk membawa detik-detik kegembiraan kepada lebih ramai orang di seluruh negara, sesuatu yang sentiasa ingin dilakukan Mondelez International.


Cadbury telah membangunkan rangkaian portfolio produk terkemukanya di Malaysia, merangkumi produk kegemaran seperti Cadbury Dairy Milk dan Zip, serta varian baharu seperti Cadbury Dairy Milk Oreo, Cadbury Five-Star dan Marvellous Creations.

“Pada masa kini, pengguna meletakkan kesetiaan mereka atas keupayaan jenama untuk mencipta pengalaman baru dan format yang menarik.

“Kami melihat perkongsian strategik ini sebagai satu peluang besar untuk mengukuhkan kesetiaan jenama kepada Cadbury serta memperluaskan asas pelanggan kami yang sememangnya besar, demi memastikan pertumbuhan mampan perniagaan kami di Malaysia,” kata Nicholas.

Maklumat lanjut mengenai Cadbury dan Premier League, boleh diperolehi di Facebook, https://www.facebook.com/CadburyMalaysia. – BERNAMA

Kategori