Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hotel Di Makkah Terbakar,...

RIYADH - Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Makkah Arab Saudi...

Dakwaan Palsu Hubungi SPRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan...

Kabinet Negeri Setuju Kurangkan...

KOTA SAMARAHAN - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata kabinet negeri...

Jawatan Menteri Besar Selangor...

Jawatan Menteri Besar Selangor berganti sekali lagi pada 23 September lalu setelah tamat...

Cara Pelik Puaskan Nafsu Bawa Padah

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan yang cuba cari kepuasan seksual menggunakan alat bantu seks, terpaksa dibawa ke hospital bagi mengeluarkan alat permainan seks dari saluran kencingnya.

Lelaki berusia 30-an itu dimasukkan ke sebuah hospital di Kaohsiung dan ditahan selama dua hari minggu ini, selepas dia menekan objek plastik berkenaan ke dalam saluran kencingnya.

Daily Mail yang memetik media tempatan melaporkan, lelaki itu mendakwa cuba memuaskan dirinya melalui kaedah pelik itu sehingga menyedari ada darah dalam air kencingnya.

Ketua Jabatan Urology di Hospital Besar Kaohsiung, Jiann Bang-bing, berkata, objek plastik tersebut berukuran 20 sentimeter panjang dan satu sentimeter lebar.

Menurutnya, doktor menggunakan kaedah ‘cystoscopy’ iaitu prosedur memasukkan endoskopik ke dalam saluran kencing bagi mengeluarkan objek berkenaan yang sudah menyebabkan bengkak dan darah dalam air kencingnya.


Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya pernah menerima kes seperti itu membabitkan pen mata bola dan kabel. – Agensi/myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori