Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Maybank Nafi Kenakan Caj...

SEJAK semua pemegang kad bank perlu menukar kad mereka sebelum 31 Disember 2016...

Sumbang Mahram: ‘Paksu’ Hadapi...

KUALA LUMPUR - Selepas didakwa atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak...

Bilangan Mangsa Banjir Perak...

IPOH - Mangsa banjir di negeri Perak semakin berkurangan dengan hanya 223 orang...

UUM: Tiada Bukti Vinosiny...

Universiti Utara Malaysia (UUM) berhujah laporan bedah siasat polis dan siasatan bebas Suruhanjaya...

Carlos Yakin Brazil Mampu Juara Piala Dunia Di Rusia

KUALA LUMPUR – Bekas bintang pertahanan Brazil, Roberto Carlos amat yakin negara gergasi bola sepak itu mampu menjulang Piala Dunia bagi kali keenam pada edisi ke-21 di Rusia dari 14 Jun hingga 15 Julai ini.

Lagenda bola sepak Brazil dan Real Madrid itu berkata selepas menduduki tempat keempat selepas kekalahan memalukan 7-1 kepada juara Jerman pada separuh akhir pada edisi 2014 di laman sendiri, Brazil perlu bangkit semula untuk menjulang piala berprestij itu sekali lagi.

“Kami mempunyai pemain pilihan yang hebat, pemain terbaik dunia seperti Neymar (da Silva Santos Junior). Ketika ini, kami juga mempunyai jurulatih hebat (Adenor Leonardo Bacchi, lebih popular dengan panggilanTite). Saya rasa mereka berada dalam keadaan baik dan memberi respons yang baik juga (kepada kekalahan 7-1 itu).

“Apa yang penting ialah kembali bekerja, lupakan yang sudah berlalu, pandanglah ke hadapan dan kembali berusaha untuk mencapai kemenangan…Brazil pasukan yang sentiasa kuat dan tidak boleh diketepikan. Kami telah menjadi juara lima kali dan kami akan menjadi juara bagi kali keenam nanti,” kata lagenda bola sepak berusia 44 tahun itu, di sini hari ini.

Terdahulu, AirAsia mengumumkan bahawa pemain yang menganggotai pasukan juara Piala Dunia 2002 itu sebagai duta jenama globalnya.

Diberi gelaran ‘The Bullet Man’ kerana tendangan bebasnya yang kencang, termasuk menjaringkan gol melalui tendangan percuma ikonik dari jarak 35 meter ketika menentang Perancis pada 1997, Carlos meramalkan bahawa walaupun mendapat undian ‘mudah’ di Rusia, Brazil mungkin bermula dengan perlahan sebelum mendapat rentaknya.

Brazil, pasukan nombor dua dunia, merupakan pasukan pilihan ramai untuk menduduki tangga teratas Kumpulan E, setelah diundi bermain dalam kumpulan bersama-sama Switzerland, Costa Rica dan Serbia.


Untuk rekod, Brazil adalah pasukan paling berjaya dalam Piala Dunia, dengan mencatat rekod menjuarai kejohanan itu lima kali iaitu pada 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002, manakala Jerman dan Itali pula masing-masing menjuarainya sebanyak empat kali.

Mengulas tentang pemilihannya sebagai duta AirAsia, Carlos berkata: “Di Brazil, kami berkata ‘oleh kerana kami begitu menderita, maka kami menghargai bola sepak.’ Ini menunjukkan anda boleh berjaya, tanpa mengira dari mana anda datang, asalkan anda ada keyakinan serta tekun berusaha dan saya gembira kerana dapat mewakili jenama seperti AirAsia, yang boleh berbangga dengan dirinya kerana berjaya menjadikan impian suatu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes, yang tidak dapat menghadiri acara berkenaan, berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu amat berbangga kerana mempunyai seseorang seperti Carlos sebagai duta jenamanya.

“Tiada siapa yang memiliki keberanian untuk mengimpikan semangat seperti Carlos. Daripada menjadi pemain jalanan di Garca dan mengambil keputusan untuk menjadi pemain profesional ketika berusia 12 tahun, hinggalah kepada membuat tendangan bebas mengagumkan ketika menentang Perancis dan menjulang Piala Dunia (pada 2002), beliau menunjukkan bahawa apabila beliau mahukan sesuatu, beliau akan berusaha untuk mendapatkannya sampai boleh,” kata Fernandes melalui sidang video.

Carlos mewakili Brazil pada tiga kejohanan Piala Dunia sejak 1998, sebelum memenanginya pada edisi 2002 yang dihoskan Korea Selatan dan Jepun, manakala di peringkat kelab pula, beliau menjulang piala juara Spanish La Liga sebanyak empat kali dan piala Liga Juara-juara UEFA sebanyak tiga kali iaitu pada 1998, 2000 dan 2002 bersama Real Madrid. – BERNAMA

Kategori