Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kemenangan BN Isyarat Rakyat...

Bekas perdana menteri Najib Razak melihat kemenangan BN dalam PRN Melaka hari ini...

Harimau Malaya Terus Gah...

TERUS JATUH... Prestasi skuad Harimau Malaysia kekal merudum bahkan terburuk dalam sejarah sejak...

Kes Menurun Kepada Dua...

KUALA LUMPUR - Selepas hampir sebulan mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak...

‘Reptilia Melompat’ Tiada Peluang...

KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) yang ingin berpaling tadah dan...

Cederakan Anak, Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah

SHAH ALAM – Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa hari ini di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.

Mengikut pertuduhan, seorang anaknya mengalami kecederaan luka dan lebam akibat dirotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Bagaimanapun, Armin, 53, kini tidak bekerja mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Sebelum ini, Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.

“Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya kepada Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lepas.


Namun, tiada kelibat Ziana di prosiding mahkamah hari ini.

Majistret menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes pada 4 April nanti selepas permohonan Armin wang jaminan dikurangkan.

Ziana Zain dan Armin Zaharin telah melangsungkan perkahwinan pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori