Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kejutan Red Star Buat...

BELGRADE - Liverpool mungkin tersingkir daripada perebutan kejuaraan Liga Juara-juara apabila dikejutkan oleh...

#todayishere Suntik Semangat Baharu...

KUALA LUMPUR - Laman twitter Malaysia Airlines hari ini dimeriahkan dengan barisan mesej...

2 Penunggang, Seorang Pembonceng...

SHAH ALAM - Dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut dalam satu kemalangan...

Pemuda Maut Terkena Tembakan...

KUCHING - Seorang pemuda maut, dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan rakannya, ketika berburu...

Cef Main Peranan Promosi Hidangan Tradisional Malaysia

MELAKA – Cef di seluruh negara memainkan peranan penting dalam usaha mempromosikan hidangan tradisional Malaysia terutamanya ke persada antarabangsa, titah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Justeru baginda bertitah cef disaran supaya mengumpul pelbagai resepi tradisional turun temurun rakyat di negara ini untuk dipromosikan, selain memastikan resepi itu tidak dilupakan terutamanya oleh generasi masa kini.

ā€œSetiap negeri mempunyai pelbagai jenis makanan istimewa terutama hidangan tradisional yang mencerminkan identiti serta keunikan tersendiri…kita pernah didatangi penjajah termasuk Inggeris, Belanda dan Portugis menyebabkan masakan kita menjadi fusion namun masih mempunyai keistimewaan tersendiri.

ā€œIni dapat merancakkan pembangunan industri pelancongan selain menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. Orang (pelancong) kalau berkunjung ke Malaysia nak makan (makanan tradisi) seperti tempoyak dan asam pedas, jadi Malaysia ada semuanya,ā€ titah baginda pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu Tunku Aminah berkenan merasmikan Kelab Chef Melaka (MCC) di Melaka Raya di sini yang baginda merupakan penaung kelab tersebut dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Presiden MCC Rizwandy Perin.

Pada majlis sama, Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan Anugerah Tourism Hero kepada Idris atas komitmen dan jasa beliau menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan terkemuka di seluruh dunia.


Sementara itu baginda bertitah penubuhan MCC diharap dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu terutamanya di kalangan generasi muda yang berpotensi untuk dibentuk menjadi seorang chef terkenal di dalam serta luar negara.

“Masalah orang kita tak nak berkongsi resipi, semuanya rahsia. Namun dengan MCC, cef yang dah berpengalaman luas dapat mengajar, menurunkan ilmu dan berkongsi resipi sekali gus mengekal dan mempromosikan makanan tradisi di negara ini.

ā€œKita kena tunjuk pada dunia, masakan (Malaysia) yang berbilang kaum yang sedap-sedap. Bagi saya cef di Malaysia ini semua keluarga saya,” titah Tunku Azizah. – BERNAMA

Kategori