Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hamas Sokong Tawaran Mesir...

BANDAR GAZA - Pemimpin Hamas, Ismail Haniya mengumumkan sokongannya terhadap satu cadangan baharu...

NGO Malaysia Desak Raja...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan sempena Kempen Selamatkan Masjid Al-Aqsa di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS)...

2 Maut Kemalangan Di...

KEMAMAN – Dua beranak maut dalam satu kemalangan di kilometer 122, Jalan Jerangau-Jabor,...

Lelaki Maut Dalam Kejadian...

SEREMBAN - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dalam kejadian tetak di Taman...

Cerita Wira Tidak Didendang Pemandu Grab

GEORGE TOWN – Kisahnya menyelamatkan seorang wanita yang terkandas dan terjatuh dalam longkang besar semasa banjir besar di negeri ini tahun lepas pernah tular di media sosial, dan hari ini Cheow Sin Leong mendapat pengiktirafan daripada pihak pengurusan Grab.

Cheow, 36, antara tiga pemandu Grab di negeri ini yang mendapat pengiktirafan daripada syarikat itu atas perkhidmatan cemerlang dan selesa kepada penumpang.

Menceritakan kejadian tahun lepas itu, katanya dia menurunkan seorang penumpang wanita di pertengahan jalan di kawasan Bayan Baru kerana kebanyakan laluan utama telah ditenggelami air.

“Selepas menurunkan wanita itu, saya tergerak hati untuk menoleh ke arahnya dan saya tengok dia sudah ‘tiada’… rupanya dia terjatuh ke dalam lubang longkang yang besar dan saya segera membantu menariknya ke atas,” katanya pada sidang akhbar anjuran Grab di sini, hari ini.

Tidak sampai hati membiarkan wanita itu keseorangan, beliau menemani wanita itu lebih dua jam sebelum menghantarnya ke destinasi yang selamat apabila paras air mulai surut.

Cheow menolak untuk menerima bayaran daripada wanita berkenaan kerana menganggap sudah menjadi tugasnya untuk berkhidmat kepada sesiapa yang memerlukan bantuan.

Ekoran tindakannya yang prihatin itu, wanita berkenaan membuat satu kenyataan di laman sosial mengenai kebaikan dan keprihatinan pemandu Grab itu.

Seorang lagi pemandu yang mendapat pengiktirafan daripada pihak pengurusan Grab ialah Lim Woei Chyuan, 55, siswazah lulusan Universiti Guelph, Kanada dalam bidang pemasaran yang juga pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) .

Lim yang cacat tangan dan kaki kirinya akibat serangan strok setahun yang lepas berkata kekurangan itu tidak melunturkan semangatnya untuk menyertai keluarga Grab, sebaliknya mampu memberi sinar baharu kepadanya dan keluarga.

“Saya menyertai Grab sejak 1 September tahun lalu. Apa yang boleh saya kongsikan ialah Grab menerima pemandu OKU seperti saya untuk mencari nafkah,” katanya yang mempunyai pengalaman kerja selama 30 tahun serta boleh berbahasa Jerman dan Perancis.


Bapa kepada dua anak yang sering menerima kadar lima bintang daripada penumpang-penumpang yang menggunakan perkhidmatannya itu, berkata pendapatannya sebagai pemandu Grab boleh mencecah sehingga RM400 sehari.

“Berbeza dengan pekerjaan saya sebelum ini, Grab memberi ruang kepada saya untuk meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga… keluarga juga amat menyokong kerja saya sebagai pemandu Grab,” katanya.

Bagi R. Chanrasegaran, 46, pula, beliau berpegang kepada prinsip sentiasa menghormati dan melayani penumpang dengan baik tanpa mengira latar belakang dan bangsa.

“Kejadian tidak dibayar upah pernah terjadi, malah pernah dihalang daripada mengambil penumpang di sekitar lapangan terbang di sini tapi semua itu tidak membantutkan usaha saya dalam mencari sesuap nasi. Apa yang penting ialah sentiasa bersopan dan bertimbang rasa,” katanya yang turut bertindak sebagai perekrut pemandu Grab sejak April tahun lalu.

Kesemua mereka akan diraikan oleh Grab Pulau Pinang pada majlis tertutup Program Rumah Terbuka Grab ‘Tenkiu Fa Cai’ di sebuah hotel di sini, malam esok.

Pengurus Komunikasi Grab, Regina Robin berkata majlis itu khusus untuk pemandu Grab di negeri ini dan dijangka dihadiri kira-kira 150 pemandu bersama keluarga mereka. – BERNAMA

Kategori