Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tangguh Aktiviti Kokurikulum Melibatkan...

KUALA NERANG - Semua sekolah di seluruh negara diarah menangguhkan kegiatan kokurikulum melibatkan...

Hanez Suraya Undang Kemarahan...

Hanez Suraya sekali lagi menjadi sasaran caci maki siber apabila pakaian dalam gambar...

Isu Hak Milik Tanah...

IPOH – Isu mengenai pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baharu...

DBKL Mulakan Operasi Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memulakan Operasi Keselamatan...

Che Ta Bakal Sambut Hari Lahir Di London Tanpa Zain

PENGACARA dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45 tanpa suami di sisi, Zain Saidin.

Anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkata, ketiadaan suami tercinta ketika sambutan itu disebabkan Zain perlu berada di China atas urusan perniagaan.

“Saya akan berlepas ke London bersama anak-anak dan keluarga untuk menyambut ulang tahun hari lahir saya yang jatuh pada 9 Mac ini.

“Bagaimanapun Zain tidak dapat bersama-sama meraikannya kerana dia akan ke China atas urusan perniagaan,” jelas Che Ta dipetik sebuah portal hiburan online.


Menurut Che Ta lagi, Zain bagaimanapun telah memberi keizinan kepadanya untuk menyambut hari kelahirannya di sana dan difahamkan tahun ini adalah kali kedua beliau meraikan hari bahagia itu tanpa kehadiran suami di sisi.

Dalam perkembangan lain, Che Ta kini telah dilantik menjadi duta terbaharu Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum selain dipilih menjadi ikon Kedah bersama pelakon Janna Nick. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori