Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

20% Penghidap Diabetes Tahap...

MACHANG - Hanya 20 peratus daripada 185,825 penghidap diabetes di Kelantan mencapai tahap...

JKKK Redah Hutan Cari...

KUALA BERANG - "Bagi memastikan semua 149 pengundi Orang Asli Kampung Sungai Berua...

Piala Liga: Arsenal Singkir...

PENGURUS Arsenal mengakui kemenangan 2-1 ke atas Chelsea menunjukkan mereka sudah boleh menerima...

UPM Ungguli Anugerah Harta...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menggondol tempat pertama bagi Kategori...

Che Ta Buka Mulut Isu Caras Suami Orang

ISTERI mana yang suka apabila lelaki yang dikahwini dirampas oleh wanita lain. Tidak dinafikan kedua-dua pihak memainkan peranan dalam perkara ini.

Ada situasi di mana si suami yang mencari nahas, tetapi tidak kurang juga kisah mengenai kaum wanita sendiri yang sengaja merampas kebahagiaan wanita lain.

Baru-baru ini, seorang artis wanita hangat menjadi bualan netizen apabila tindakannya mengahwini seorang lelaki yang sudah beristeri menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bagi pelakon, Rozita Che Wan, dia sendiri berasa geram dengan tindakan segelintir wanita yang suka merampas lelaki yang telah menjadi suami orang lain.

Jelas Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, dia tidak memahami buah fikiran golongan wanita perampas ini, memandangkan lambakan lelaki yang masih bujang di luar sana.

Dia turut memberi nasihat kepada wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini untuk teruskan hidup dan tidak mengenangkan perkara lalu.

“Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu cari suami orang? Saya memang tak boleh terima jika ada wanita yang sanggup hancurkan rumah tangga orang lain.

“Bagi wanita yang bermadu atau suaminya dirampas orang lain, jangan lagi dikenang perkara yang lalu.


“Kena teruskan hidup kerana Tuhan akan menggantikannya dengan yang lebih baik selepas itu,” katanya memetik BH Online.

Jelas Che Ta, dia sendiri pernah mengalami kehidupan bersendirian selama 10 tahun selepas bercerai dengan suami pertamanya sebelum kembali menemui bahagia bersama suaminya, Zain Saidin.

Ditanya mengenai reaksinya sekiranya ada pihak cuba menggugat keharmonian rumah tangganya, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini secara berseloroh berkata wanita berkenaan hanya akan mendapat nahas.

“Kalau perempuan itu berani, cubalah! Saya akan koyakkan mulut dia,” katanya sambil tertawa.

Che Ta ditemui pihak media ketika menghadiri sidang akhbar pelantikannya sebagai duta Tunas Homes dan Tunas Boulevard, di Kuala Lumpur, petang tadi.

Sebelum ini, pelakon drama Kiah Perkasam itu pernah secara terang-terangan menyindir golongan wanita perampas ini yang sanggup menjadikan diri mereka orang ketiga menerusi perkongsiannya di laman sosial Instagram. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori