KEJAM gila. Hanya kerana si lelaki enggan menerima cintanya, seorang gadis berusia 16 tahun tergamak dan sanggup menyimbah asid ke muka lelaki itu hingga meninggalkan parut kekal seumur hidup.
Mahmudul Hasan Maruf, 17, dari Dhaka, Bangladesh, kini terbaring di katil hospital selepas insiden yang mengejutkan itu. Kulitnya kemerahan dan merekah, menunjukkan betapa dia terpaksa menanggung kesakitan.
Bukan hanya mukanya yang terbakar, malah bahunya juga cedera. Menurut media tempatan, ketika kejadian Mahmudul dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar dengan kawan-kawannya.
Dipertengahan jalan, gadis itu telah bersemuka dengan Mahmudul.
Selepas mendapat jawapan kepada lamaran cintanya itu, gadis itu kemudiannya menyimbah asid ke muka Mahmudul. Dia ditangkap sehari selepas kejadian.
Menurut doktor, Mahmudul terpaksa berdepan dengan kecacatan di muka seumur hidup. – MYNEWSHUB.CC