Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PRK Balakong: Undi Awal...

SERI KEMBANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 28 orang pengundi awal daripada...

Tangisan Bapa.. Sedih Lihat...

ALOR SETAR - Seorang bapa tidak dapat menahan kesedihan dengan kematian dua anaknya...

Mangsa Banjir Di Perak...

KUALA LUMPUR - Tiada perubahan bilangan mangsa banjir di Perak dan Kelantan pagi...

Militan IS Berjaya Kuasai...

DAMSYIK – Kumpulan militan Negara Islam (IS) berjaya merampas ibu pejabat Kurdis di...

Cipta Sejarah, Caprice Tawar Biasiswa Untuk Pelajar UPM

TAHNIAH kepada yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada minggu lalu! Alhamdulillah, kini bermulalah pula fasa baru dalam kehidupan adik-adik…

Banyak universiti awam dan swasta di Malaysia yang menawarkan khusus-khusus daripada pelbagai bidang. Jadi, buat adik-adik yang baru masuk tu, di sini ada berita baik buat semua!

Penyanyi rap, Caprice dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) tawar biasiswa untuk yang berminat melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma dalam bidang Sains Komputer di institusi berkenaan.

Caprice menerusi salah satu entri terbaharu dalam laman Instagram miliknya menyatakan bagi sesiapa yang berminat, bolehlah memohon biasiswa tersebut.

Malah Caprice juga memaklumkan pada akhir pengajian diploma itu, mahasiswa yang mengikuti bidang berkenaan sekurang-kurangnya akan dapat menghasilkan satu aplikasi bersama penyanyi rap tersebut.

Perkongsian secara terbuka Caprice itu dilihat telah menarik perhatian warga netizen, terutamanya golongan pelajar lepasan SPM dari seluruh negara.

Rata-rata netizen memuji tindakan berwawasan Caprice membantu pelajar keluarga kurang mampu selain turut meninggalkan mesej positif dalam ruangan komen entri berkenaan.


Bahkan, terdapat juga segelintir netizen dilihat ‘mentioned’ nama rakan mereka sendiri yang dirasakan layak untuk memohon biasiswa berkenaan.

Jadi, buat adik-adik yang baru masuk universiti itu,bolehlah cuba memohon. Sekurang-kurangnya dapatlah juga meringankan beban anda untuk belajar kan? – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori