Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pesara ATM Kecewa Bantuan...

PESARA tentera tidak berpencen meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan...

Shah Iskandar Nafi Bercinta...

SEBELUM ini, heboh jadinya industri hiburan apabila Fida Ibrahim mengakui rapat dengan Shah...

Siasatan Guru Besar Hilang...

KUALA LUMPUR - Siasatan kes kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu,...

Senoi Praaq Bantu Operasi...

GERIK : Kepakaran anggota Senoi Praaq digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

Cuaca Sejuk, Rakyat Jerman Disaran Jalan Macam Penguin

PAKAR bedah trauma di Jerman menasihatkan orang ramai agar berjalan ‘seperti penguin’ untuk mengelak daripada tergelincir di kaki jalan oleh kerana cuaca sejuk melampau yang diramalkan untuk melanda negara tersebut minggu ini.

Satu artikel berbentuk amaran telah dikeluarkan di dalam laman web Persatuan Ortopedik dan Surgeri Trauma mengatakan bahawa “berjalan seperti haiwan itu melibatkan bahagian torso untuk dibengkokkan ke hadapan, mengakibatkan pusat graviti berada pada bahagian depan kaki.”
Bukan sahaja itu, malah sebuah gambar rajah turut disertakan sekali untuk menyokong saranan persatuan tersebut.

Jelas infografik itu, manusia akan mudah hilang kawalan dan mencederakan kaki mereka dengan lebih mudah apabila berjalan secara normal di atas permukaan licin akibat jisim badan diletakkan sepenuhnya pada kedua-kedua belah kaki.

Pihak berwajib di Berlin telah menerima kritikan teruk akibat kegagalan mereka untuk menabur garam batu pada Januari 2014 lalu meskipun pakar meteorologi telah memberi amaran bahawa cuaca sejuk melampau akan melanda.


Akibat itu, perkhidmatan penyelamat telah menerima lebih daripada 750 panggilan kecemasan dan wad kecemasan telah dibajiri pesakit yang mengalami keretakan tulang.

Suhu di Berlin dijangkakan akan turun ke tahap serendah -10 darjah Celcius (14 Fahrenheit) minggu ini, bermula Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori