Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak Lemas Terjatuh Di...

TUMPAT - Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun lemas selepas terjatuh ke dalam...

Saham Syarikat Dikaitkan Anak...

SAHAM Eden Inc Bhd. dan Thriven Global Bhd. muncul menjadi kaunter paling aktif...

‘Perjanjian Abad Ini,’ Palestin...

RAMALLAH - Pucuk pimpinan Palestin pada Khamis berikrar untuk tidak mengiktiraf pelan damai...

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir...

GUA MUSANG : Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku...

Cubaan 21 PATI Myanmar Menyusup Masuk Gagal

KUBANG PASU – Seramai 21 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan ketika cuba menyusup masuk ke negara ini berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thiland awal pagi tadi.

Mereka yang terdiri daripada 16 lelaki dan lima wanita berusia 19 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi oleh pasukan Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) berhampiran Pos 2, Bukit Kayu Hitam dekat sini,.

“Pasukan itu menahan sekumpulan PATI berkenaan cuba menyusup masuk menggunakan jalan denai dan pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan untuk memasuki negara ini,” katanya Panglima 6 Briged Brig Jen Abdul Aziz Ismail

Beliau berkata berkata, hasil pemeriksaan menemui 13 beg galas mengandungi pakaian, 12 telefon bimbit, wang tunai Malaysia sebanyak RM875,00, wang tunai Thailand sebanyak 794.50 Baht serta wang tunai Myanmar sebanyak 137,796 Kyats.

“Turut dirampas ialah barang kemas terdiri empat cincin dan dua pasang subang, dua pasport antarabangsa Myanmar dan dokumen peribadi,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata kesemua PATI itu dibawa ke Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PPAT) 5 Rejimen Sempadan untuk pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori