Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Saman Anina

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua...

Kisah Lagu Anuar Zain,...

Kemerduan suara Anuar Zain, mampu membelai banyak jiwa terutama para wanita.Tak hairanlah salah...

Bank Perlu Kemas Kini...

KUALA LUMPUR - Institusi kewangan perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa memperkemas sistem pengkomputeran...

Hannah Gesa Polis Buru...

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Cubaan Seludup 700kg ‘Ice’ Ke Malaysia Gagal

BANGKOK – Pihak berkuasa di sempadan Malaysia-Thailand kini meningkatkan pemantauan terhadap kenderaan yang mengangkut buah-buahan.

Ini susulan kejayaan polis Thailand membongkar satu lagi cubaan sindiket dadah untuk menyeludup 700kg “Ice” (Crystal Methaphetamine) bernilai berjuta-juta Ringgit ke Malaysia dengan sebuah lori yang sarat berisi dengan nanas dan tembikai.

Menurut ketua Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk, lori menggunakan nombor pendaftaran Thailand itu ditahan di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di Chumphon, di selatan Thailand pada kira-kira 1.30 pagi ini (waktu tempatan).

“Ketika melakukan pemeriksaan terhadap lori berkenaan, para pegawai terkejut apabila menjumpai 700kg “Ice” yang disorok di celah beratus-ratus nanas dan tembikai yang dibawa lori itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, polis menahan pemandu lori berkenaan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, “Ice” berasal dari utara Thailand itu dirancang dibawa ke Malaysia dengan kemungkinan akan dihantar ke destinasi lain yang mempunyai harga lebih tinggi bagi dadah berkenaan.

Sommai tidak memberi maklumat lanjut tentang kejayaan menyekat penyeludupan dadah pada awal pagi itu, tetapi katanya pihak berkuasa percaya ia adalah antara kejayaan terbesar mereka pada tahun ini.

Menyeludup dadah dengan lori mengangkut buah-buahan atau hasil pertanian merupakan antara taktik pilihan utama sindiket dadah kebelakangan ini.


Pada Januari tahun ini, polis Thailand memintas sebuah lori di Nakhon Ratchasima, di timur laut Thailand dan menemukan 300kg “Ice” yang disorok di celah beratus-ratus biji tembikai yang dibawa kenderaan itu untuk dihantar ke selatan negara ini.

NSB percaya dadah berkenaan dirancang akan diseludup ke Malaysia setelah tiba di selatan Thailand.

Pada Jun tahun lepas, pihak berkuasa Thailand menahan sebuah lori yang membawa beratus-ratus biji durian di Hatyai dan menemukan 306kg ganja yang disorok di celah raja buah itu, yang dipercayai dirancang untuk dihantar ke Malaysia.

Menurut beberapa pegawai, sindiket terlibat ingin memanfaatkan bau durian yang tidak menyenangkan itu untuk mematahkan semangat anggota pihak berkuasa daripada membuat pemeriksaan rapi terhadap lori berkenaan. – BERNAMA

Kategori