Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tekong Darat Pandu 30KM...

GUA MUSANG : Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing...

“PH Kantoi Fitnah Tapi...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Pakatan...

METMalaysia Nafi Maklumat Tular...

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan penularan maklumat mengenai kejadian dua...

Muhyiddin Dipecat Kerana Persoal...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat...

Dakwaan Mahfuz Ramai Keluar Hanya Omong Kosong

MARANG – Dakwaan Mahfuz Omar bahawa ramai anggota PAS konon akan mengikuti jejaknya dengan meninggalkan parti tersebut menyertai PAN ternyata cuma omong kosong.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata sejak meninggalkan parti secara mengejut pada 31 Disember tahun lepas, yang mengikut Anggota Parlimen Pokok Sena itu hanyalah isteri, anak dan menantunya sahaja.

“Empat beranak ini sahaja yang keluar PAS dan tidak ada orang lain yang isytihar akan ikut keluar walaupun dia (Mahfuz) mendakwa ramai orang yang menyokong dia dahulu akan ikut sama.

“Lebih kurang dua minggu selepas itu, saya dijemput pergi ke majlis ceramah di kawasan Pokok Sena dan semasa majlis tersebut 500 borang daripada ahli baru di Pokok Sena diserahkan kepada saya.

“Empat, lima orang yang keluar… 500 orang ahli baru yang masuk,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang ke-14 di Dewan Tok Guru Masjid Rusila di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong merangkap Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd. Nor Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu yang juga Dipertua PAS Marang, Yahaya Ali.

Hashim berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keputusan Mahfuz menyertai PAN semalam. Ia memang dijangka penganalisis politik bahkan mungkin pelik jika dia menyertai PPBM, PKR atau DAP pula.

PAN merupakan serpihan PAS yang membentuk Pakatan Harapan selepas blok pembangkang Pakatan Rakyat yang wujud sejak 2008 dibubarkan DAP ekoran mengalami krisis dengan PAS pada 2016 lalu.


Selain itu, mengulas lanjut ujar Hashim, pihak PAS sedia memberi peluang kedua dan menerima semula bekas anggotanya yang ingin kembali semula setelah keluar parti dan kemudian menyertai parti lain

“Kami tetap berdoa, masih buka peluang mari balik bersama dengan Jemaah, hormat keputusan Jemaah dan wala’ (taat) dengan kepimpinan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata PAS bakal melancarkan sembilan teras manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, yang akan disempurnakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya, Selangor malam esok.

“Manifesto yang akan dibentangkan nanti diharap mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dalam setiap bidang dari setiap sudut,” katanya. – BERNAMA

Kategori