Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PRK K.Kangsar: Calon BN...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala...

Guru Didakwa Lakukan Seksual...

PUTRAJAYA – Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Jenayah...

Adenan Tak Pernah Ulas...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak pernah mengeluarkan sebarang...

Adik Adam Difitnah Hidap...

SEBUT sahaja virus Zika, pastinya ramai antara kita menyedari betapa bahayanya epidemik penyakit...

Dakwaan PH Hanya Propaganda Politik – PAS

KUALA TERENGGANU – Dakwaan salah seorang anggota parti Pakatan Harapan (PH) bahawa terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen PAS akan bertanding di atas tiket PH pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) nanti hanyalah satu propaganda pihak itu.

Naik Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya mempersoalkan pendedahan oleh Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad itu dimana parti yang diwakilinya, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) sendiri tidak berwibawa dan mendapat sokongan rakyat.

Ini kerana katanya setakat ini pihaknya masih tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung dakwaan itu termasuk siapa dan berapa ADUN yang dimaksudkan terbabit.

“Bagaimana orang hendak bertanding di atas tiket Pakatan Harapan sedangkan pakatan itu tiada harapan (merujuk kepada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang), apatah lagi bertanding di atas tiket PAN… lagi cepat kalah.

“Tindakan ini boleh jadi adalah satu propaganda politik pihak PH. Orang tidak menaruh harapan kepada PAN, dapat 27 kerusi saja di seluruh negara macam mana nak bertanding,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Harapan Semua (HARAP), di sini, Jumaat malam.


Nik Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendedahan Raja Kamarul Bahrin dalam satu sidang media yang mendakwa terdapat beberapa wakil rakyat PAS dan bekas pemimpin parti itu bakal bertanding di atas tiket PH pada PRU 14.

Bagaimanapun, Raja Kamarul Bahrin enggan mendedahkan identiti wakil rakyat PAS terbabit namun berkata kononnya tindakan itu diambil berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertinggi parti Islam itu yang menyokong keputusan kerajaan Barisan Nasional termasuk berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

Kategori