Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Khatib Temui Ajal...

RAKAMAN video memaparkan seorang khatib tiba-tiba rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat menjadi tular...

Penerbangan Ihsan Bawa Pulang...

KUALA LUMPUR - Sebuah penerbangan ehsan akan disediakan bagi membawa pulang kesemua 13...

Muhyiddin Jumpa Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Satu perjumpaan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama semua...

Bantuan Keluarga Malaysia Dibayar...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) membabitkan 8.6 juta...

Datin Dera Amah Sudah Dijejaki

KUALA LUMPUR- Polis berjaya menjejak wanita bergelar Datin yang menghilangkan sendiri selepas mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya untuk memastikan dia hadir ke mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata usaha menjejak wanita itu dimulakan sejurus mendapat notis daripada mahkamah, namun tidak mendedahkan bila notis berkenaan diterima dan lokasi wanita itu.

“Kita guna kaedah tertentu untuk menjejaknya dan Datin itu sudah memberi persetujuan untuk hadir ke mahkamah.

“Jangan tanya bilakah dia akan ke mahkamah, tetapi insya-Allah dalam masa terdekat,” katanya kepada pihak media, hari ini.

Ditanya mengenai status gelaran Datin wanita itu, Mazlan berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan wanita terbabit mempunyai gelaran berkenaan.

“Sepanjang proses siasatan, wanita itu tidak pernah menyebut yang dia mempunyai gelaran Datin. Anda (media) yang menggelarnya sedemikian,” katanya.

Kelmarin, Rozita Mohamad Ali, 44, dan penjaminnya, gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad yang mengendalikan prosiding berkata, pihaknya sudah cuba mengesan Rozita dan penjaminnya di beberapa lokasi sejak Selasa lalu untuk menyerahkan notis hadir ke mahkamah, namun gagal.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 29 Mac ini.

Mahkamah turut memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk mengesan Rozita.


Semalam, media melaporkan wanita terbabit juga sudah disenarai hitam untuk ke luar negara atas arahan mahkamah.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan wanita itu dipercayai masih berada dalam negara.

“Semakan dalam sistem mendapati dia masih berada dalam negara. Atas arahan mahkamah, dia tidak boleh meninggalkan negara ini kerana pasportnya sudah disenarai hitam,” katanya.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan mendera pembantu rumahnya, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Suri rumah itu sebelum ini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal iaitu cubaan membunuh, namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan menyebabkan cedera parah.

Bagaimanapun, pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas hati termasuk Pejabat Peguam Negara yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, malah lebih 70,000 individu menandatangani petisyen menerusi laman sesawang Change.org setakat ini yang menuntut hukuman lebih tegas.

Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa.-MYNEWSHUB.CC

Kategori