Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

9,356 Pegawai, Anggota Polis...

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga...

‘Rakaman Suara 30 Minit...

PUTRAJAYA: Rakaman suara 30 minit dalam komponen 'memory puck' pesawat jenis Beechcraft Premier...

Manchester United Gagal Pujuk...

MANCHESTER United gagal meyakinkan pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini untuk terus kekal di...

Pengubahsuaian Bajet 2016 Tidak...

KUALA LUMPUR - Pengubahsuaian Bajet 2016 sama sekali tidak akan menjejaskan jaringan keselamatan...

“Dia Anugerah Terindah Daripada Tuhan” – Jamal

SELEPAS 11 bulan melayari bahtera rumah tangga penyanyi, Datuk Jamal Abdillah akhirnya memperkenalkan isteri barunya, Zai Izzati Khairuddin kepada media.

Menurut Jamal,58, beliau mengakui terpikat dengan keperibadian lembut wanita berusia 24 tahun itu selain turut menyifatkannya sebagai peneman setia hidupnya sekarang.

“Dia anugerah terindah daripada Tuhan,” kata Jamal dipetik BH Online, hari ini.

Malah mengulas lebih lanjut mengenai perkahwinan, Jamal mengatakan meskipun jodoh antara mereka diatur oleh keluarga dengan jarak usia yang jauh.

Namun beliau meluahkan bahawa dirinya amat menyayangi serta menghargai wanita yang berasal dari Kulim, Kedah itu sepenuh hatinya.

“Isteri adalah anugerah Tuhan yang paling indah. Bukan soal sedia memperkenalkan dia atau sebaliknya, isteri adalah peneman setia ke mana saja saya pergi.

“Itu pun kami hanya berjumpa sekali saja sebelum bernikah. Ini kerana kami sibuk membuat persediaan bernikah,” ujar Jamal yang memaklumkan mereka hanya berkawan dua bulan sebelum berkahwin.


Tambah Jamal, selain daripada keperibadian yang lembut, sikap anak-anaknya yang begitu senang dengan wanita itu turut membuatkan dirinya yakin bahawa Izzati adalah pilihan yang tepat.

BACA : Akhirnya, Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya!

Jamal dan Izzati telah bernikah di Ipoh, Perak pada 1 April tahun lalu dan ia adalah perkahwinan keempat buat pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir ini.

Sebelum ini, Jamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Hasil daripada itu, Jamal dikurnikan dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani berusia 17 tahun hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani berumur 11 tahun daripada isteri ketiganya iaitu Fatimatuzahrah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori