Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pakistan, Afganistan Sepakat Usaha...

ISLAMABAD - Pakistan dan Afghanistan telah menyepakati satu rangka kerja bagi kerjasama ke...

Adam Levine Tayang Punggung...

BINTANG muzik antarabangsa sememangnya sering mengejutkan para peminat dengan tampil bogel mahupun menunjukkan bahagian-bahagian...

Buang Gambar Lepas Tahu...

BEKAS penyanyi kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas kecewa selepas mengetahui rakan artisnya, Zayn...

Mahkamah Tetapkan 28 Mac...

KAJANG - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 28 Mac untuk sebutan...

Dibebel Tidak Bersuami, Ibu Muda Cekik Bayi

KEJAM… Gara-gara ditegur ibunya sendiri kerana tidak memiliki suami dan pekerjaan, seorang wanita sanggup cekik bayinya hingga mati yang baru sahaja berusia sembilan bulan di Frolovo, Rusia.

Anna Karimova, 26, kesal dan gusar apabila dimarahi oleh ibunya kerana memiliki anak kedua di luar nikah dan tanpa tanggungjawab daripada bapa si kecil itu, menjadikan ibunya marah kerana terpaksa menanggung beban perbelanjaan mereka.

Disebabkan tidak boleh menerima teguran dan dalam keadaan tertekan, Anna bertindak membunuh bayi yang baru dilahirkannya itu!

Anna Karimova membunuh bayinya yang baru sahaja berusia sembilan bulan.

Dalam satu keterangan pihak polis, setelah membunuh anaknya, Anna pergi membeli plastik hitam yang biasa digunakan membuang sampah, lalu bungkus jenazah bayinya itu sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah.

Menurut laporan portal Indonesia, Kompas, polis telah menahan Anna dan suspek akan didakwa berhubung pembunuhan anaknya itu.

Sehingga kini, polis masih mencari jenazah bayi itu di sebuah lokasi di kota Frolovo, tempat Anna membuang jenazah bayinya.

Terdahulu, Anna pernah menikah pada 2015 tetapi pernikahan itu hanya bertahan sementara sebelum kedua-duanya membawa haluan masing-masing.


Melalui pernikahan itu, Anna dikurniakan seorang anak yang kini berusia dua tahun dan dijaga oleh ibu Anna.

Ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anaknya kini boleh menjadi pengancam kepada anak-anak mereka sendiri.

Perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi terhadap masyarakat sejagat kerana nama keluarga dan sudara-mara akan tercalar malah mampu mencemarkan agama dan negara secara tidak langsung. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori