Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Chong Wei Tak Sabar...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak...

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Zarul Rebah Sebelum Konsert...

KUALA LUMPUR - Melunaskan tanggung jawab mendendangkan lagu Fantasi Musim Cinta hingga layak...

Syor Rumah Ada Akses...

KUALA-LUMPUR - Hasrat kerajaan supaya projek perumahan baharu disediakan akses internet disambut baik...

Didie Tidak Berdendam, Serah Pada Pihak Pengadilan

KEMELUT yang melibatkan penerbit drama, Datuk Rafiena Ezanee Ramli dengan pelakon dan pengacara tempatan, Didie Alias masih belum menemui jalan perdamaian.

‘Percakaran’ antara kedua-dua wanita ini mencapai kemuncaknya apabila penerbit drama berkenaan memfailkan saman tuntutan terhadap Didie yang pernah dikemukakan pada 21 Februari lalu.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias.

Susulan perkara itu, Didie dengan tenang mengakui dia tidak pernah menganggap penerbit itu sebagai musuh walaupun kes melibatkan mereka berdua masih dibicarakan di mahkamah.

Menurut Didie, dia menyerahkan segala siasatan kes kepada pihak pengadilan dalam urusan menyelesaikan kemelut di antara mereka yang sudah berlarutan selama setahun.

“Bukan hendak cari gaduh, jauh sekali hendak berdendam atau bermusuh kerana industri pun bukannya besar mana.

“Apa juga masalah yang berlaku di antara kami biarlah mahkamah sahaja yang putuskan, itu yang sebaiknya,” kata Didie dipetik mStar Online.


Penerbit drama, Datuk Rafiena Ezanee Ramli.

Baca: Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias

Terdahulu, Rafiena yang juga pemilik syarikat produksi Darkwave Sdn. Bhd. (Darkwave) dilaporkan telah memfailkan tiga tuntutan antaranya kerugian, cara kerja yang sambil lewa dan trauma yang dihadapi penerbit itu.

Ia berhubung dengan hasil kerja Didie selaku penerbiteksekutif bagi drama Syurgaku Tak Sempurna. Difahamkan, hubungan Didie dan Rafiena mula renggang sejak akhir tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori